President Warriors Layak Ke FInal.

Skuad President Warriors Kelantan mencipta sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menundukkan PKNS FC 2-0 secara agregat.


Turun dengan azam memadamkan dua jaringan Sang Kijang, PKNS Fc mengatur gerak seawal minit pertama untuk mencari gol tetapi benteng Kelantan kenta bertahan.

Pujian juga wajar diberikan kepada penjaga gol muda, Mohamad Syazwan selepas deretan aksi menyelamat ditunjukkan pemain ini.

PKNS Fc harus menyalahkan diri sendiri setelah deretan peluang yang dimiliki pada babak pertama gagal disudahkan kedalam jaring Kelantan.

Bagaimanapun, Sang Kijang yang sekali sekala melakukan serangan kearah kubu PKNS hampir memecah kebuntuan pada minit ke-38 namun tandukan Shahiran Mohd Zain diselamatkan Fikri Elham diatas garisan gol dan sepakan susulan Norsyahrul Hawari melambung tinggi.

Tujuh minit bersambung babak kedua, PKNS terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan mereka, Mohd Zahirudin dilayangkan kad merah terus selepas mengasari Mohd Farhan Yaacob.

Kelantan pula melepaskan dua peluang terbaik selepas dua cubaan kearah pintu gol PKNS melalui Shahiran dan Farhan jauh melewati palang gol.

Bermain dengan kelebihan seorang pemain, Kelantan melakukan pertukaran pertama memasukkan Akid Ramli namun pemain ini gagal mengancam kubu pasukan tuan rumah.

PKNS hampir merapatkan jurang agregat pada minit ke-63 tetapi sepakan Mohd Izzudin Zainuddin jauh tersasar.

Mereka sekali lagi mengancam dengan dua percubaan tepat pada minit ke-68 tetapi Mohamad Syazwan dan Faizol Nazlin menjadi penyelamat.

Cubaan meliar Akid Ramli pada minit ke-71 melegakan seketikan benteng Kelantan tetapi penyerang lawan, Mohd Nazrin Syamsul membalas dengan sepakan deras tersasar dua minit selepas itu.

Pada minit ke-75, Akid Ramli melakukan satu gerakan kepada Izuan Rosli tetapi sepakan pemain ini mudah diselamatkan penjaga gol PKNS, See Tian Keat.

Tiga minit kemudian, Muhd Asnan Awal sempat melakukan cubaan deras dari luar kotak penalti namun Mohamad Syazwan lebih pantas merebahkan badan menyelamatkan keadaan.

Faizol Nazlin sekali lagi cemerlang dengan mengeluarkan bola diatas garisan pada minit ke-85.

Zamri Ramli pula menyaksikan sepakan kencangnya sedikit tersasar dari pintu gol PKNS pada minit ke-89.

Pada minit-minit akhir perlawanan, PKNS cuba mengatur serangan untuk menghidupkan sisa perjuangan mereka tetapi pemain Kelantan terus garang bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan seterusnya mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Presiden 2011.

Dalam perlawanan akhir nanti, President Warrios akan menentang MP Muar yang menewaskan SSBJ dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, petang tadi. -RedsfcNews-

Kesebelasan Utama:

PKNS FC: Rusdi Suparman.
See Tian Keat (Gk), Mohd Zahirudin, Mohd Fikri Elham, Idris Ahmad, Nazrin Syamsul (Kp) (Adam Syafiq), Muhd Asyidi Dil Ashar, Mohd Rosdi, Muhd Izzudin Zainudin, Norfahmie Hadzrin (Hasnan Mat Isa), Muhamad Aminuddin (Asnan Awal Hisham) dan Muhd Atif Hanif.

Kelantan: Zahasmi Ismail.
Mohamad Syazwan, Nik Shahrul Azim (Kp), Zamri Ramli, Faizol Nazlin, Tuan Mohamad Norhafizie, Norsyahrul Hawari, Farhan Yaacob, Mohd Syawalrudin (Akid Ramli), Khairul Izuan Rosli, Shahiran Mat Zain (Azyu Ikmal) dan Manaf Mansor (Zabeel Mohd Noor).

Statistik

Gol
PKNS 0-0 President Warriors

Offside
PKNS 6-3 President Warriors

Kad Kuning
PKNS 1-1 President Warriors

Kad Merah
PKNS 1-0 President Warriors

Posisi Bola (%)
PKNS 55-45 President Warriors

p/s: Ulasan perlawanan berdasarkan sumber live di TRW FM


Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: