Detik Penentu President Warriors.

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum pemain Kelantan President Warriors turun perlawanan akhir Piala Presiden 2011 menentang MP Muar di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Detik penentu kepada mereka untuk membuktikan status selaku jagoan selepas enam tahun tidak melayakkan diri ke penentuan terakhir.

Siapa sangka anak buah kendalian Zahasmi mampu mara sejauh ini.

Ternyata persiapan awal selain komitmen tinggi dari semua pihak termasuk para penyokong setia telah memberikan kejayaan paling bermakna buat pasukan muda bawah 20 tahun Kelantan.

Pada pertemuan dengan MP Muar, pasukan Kelantan dijangka menurunkan kesebelasan terkuat yang dimiliki mereka untuk muncul pemenang pada tahun ini.


Bukan mudah kepada Sang Kijang Muda untuk membenam lawan yang dibarisi pemain berpengalaman yang dikutip dari Terengganu dan negeri Cik Siti Wan Kembang itu sendiri.

Namun, segalanya tidak mustahil buat Kelantan andai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dapat digunakan sepenuhnya.


Ketika ini, pemain President Warriors sedang giat melakukan sesi latihan serta mencuba beberapa taktikal baru yang mungkin dapat digunakan dalam perlawanan menentang kelab dari Selatan tersebut.

Dengan bantuan dan tunjuk ajar dari jurulatih berpengalaman, mereka diharap cepat menerima dan menterjemahkan aksi terbaik pada pertemuan Akhir nanti.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: