Kekalahan 5-3 kepada Singapura menyukarkan Malaysia untuk kembali bangkit seterusnya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014.
Situasi sukar dari kem Harimau Malaya kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua jaringan tanpa bolos untuk layak ke peringkat seterusnya.
Lebih malang, ketua pasukan, Safiq Rahim terpaksa menjalani pengantungan perlawanan selepas dilayangkan kad merah terus setelah melakukan kekasaran kepada pemain Singapura.
Tugas getir terpaksa dipikul setelah Singapura menunjukkan gaya permainan sebenar di bahagian serangan jika Malaysia terus alpa dengan kejayaan lepas. Mahu tidak, pemain negara perlu bermain dengan lancar tanpa sebarang masalah ketika aksi kedua yang akan berlangsung empat hari dari sekarang.
Selain itu, pihak kejurulatihan juga perlu mencari tonik untuk menyekat pemain import pasukan lawan dari terus berleluasa diatas padang pada perlawanan kedua nanti.
Cukup melemparkan alasan kekalahan semalam berpunca daripada penggunaan tenaga yang dibawa dari luar kerana ia tidak membantu pasukan Kebangsaan layak ke peringkat selepas ini.
Kelekaan, kealpaan dan kekurangan mental menyebabkan pasukan lawan yang disokong hanya seramai 4000 penyokong dapat menewaskan kita dengan habis-habisan.
Pihak pengurusan juga perlu memperbaiki kelemahan ketara di bahagian tengah selain cuba mencari punca mengapa barisan pertahanan gagal menguasai bola ketika diasak pasukan lawan.
Kita tidak mahu kesilapan sama terus berulang mengakibatkan Malaysia tersingkir awal pada saingan kali ini. -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment