Kelantan Cari "Double".

The Red Warriors bakal mencatat sejarah gemilang sepanjang saingan Liga Malaysia era profesional andai dapat menjulang kejuaraan Liga Super, malam ini.


Apa tidaknya, mereka akan mencipta kejuaraan "Double" setelah gah pada awal musim menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih.

Kejuaraan yang gagal dilakukan sekian lama semakin mudah selepas kebangkitan pasukan dari Pantai Timur tersebut sejak lima tahun terakhir.

Selepas terlepas Piala FA, kejuaraan Liga Super satu-satunya piala yang hampir pasti dimiliki Kelantan setakat ini.

Justeru itu, para pemain diminta merealisasikan harapan menggunung dan impian besar untuk menjulang piala utama sekali lagi selepas kejayaan pertama merangkul Piala Malaysia.

Perlawanan dengan Sabah harus digunakan sebaik mungkin termasuklah cuba melakukan tekanan dari awal perlawanan bagi mengelakkan tuan rumah tampil merosakkan sambutan gemilang yang dirancang.

Barisan pemain kesebelasan utama pimpinan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi harus menunaikan janji mereka kepada penyokong untuk tidak mengecewakan mereka seperti mana terjadi pada penentuan piala, baru-baru ini.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: