Prebiu: Sabah Tidak Rela Berputih Mata, Kelantan Mahu Pastikan Juara.


Liga Super 2011 disambung kembali selepas tempoh rehat tiga minggu dengan Sang Kijang bertandang ke Kota Kinabalu untuk perlawanan terakhir menentang Sabah.

Kelantan bertandang selaku pendahulu memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mengesahkan status kejuaraan buat kali pertama sepanjang lapan edisi Liga Super.

Harapan besar tergalas kepada barisan pemain The Red Warriors untuk menamatkan musim panjang saingan liga dengan kejayaan muncul pemenang tempat teratas.

Saingan Sang Badak bukan mudah untuk diketepikan. Mereka bukan calang-calang pasukan yang mampu Kelantan perlekehkan. Sabah sudah menunjukkan peningkatan dan kematangan memberangsangkan sejak diambil alih Justin Ganai selaku pengemudi pasukan.

Kini, Sabah dikhabarkan turun dengan tekad tinggi untuk menconteng arang keatas Gergasi Pantai Timur seterusnya menghalang barisan pahlawan Tok Janggut memungut sebarang mata di arena keramat "Main Kau Burung".

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada tahun 2011 seimbang tetapi dilihat memberi kelebihan besar kepada Sabah kerana mereka berjaya mengikat Kelantan tanpa jaringan sewaktu pusingan pertama liga di Kota Bharu. Manakala rekod pertemuan terakhir di Sabah pula Kelantan menang 2-1 pada tahun 2008 ketika masih menerima khidmat pemain import berbisa, Mohamadou Mustapha.

Formasi dan Taktikal.

Sabah turun selaku tuan rumah dijangka akan mempertaruhkan formasi menyerang 4-4-2 seperti mana mereka tampilkan ketika bertandang ke Kota Bharu. Justin Ganai dijangka mengharap sentuhan pemain tengah untuk melakukan serangan balas dan turun bertahan dengan cepat bila diasak.

Syed Adney Syed Hussien
Hariri Mohd Safii -- Mohd Reithaudin (Kp) -- Mafry Balang -- Zulamri Muhamad
Alto Linus -- Rosdin Wasli -- Shahrul Azhar Ture -- Mohd Radzi Husin
Zainizam Marjan -- Stanley Bernard

vs

Norshahrul Idlan Talaha -- Ramzul Zahini Adenan
Izuan Salahudin -- Shakir Shaari -- Badri Radzi (Kp) -- S. Chanturu
Zairul Fitree Ishak -- S. Subramaniam -- Farisham Ismail -- Daudsu Jamaludin
Khairul Fahmi Che Mat

M.Karathu dijangka tidak mengamalkan formasi 4-5-1 dalam perlawanan ini kerana banyak risiko akan dihadapi andai ketinggalan dengan gol awal pasukan lawan. Kemungkinan besar gaya 4-4-2 akan diterjemahkan kedalam perlawanan.

Jangkaan Kesebelasan Utama

Sabah


Selaku tuan rumah dan bakal menerima kehadiran pendahulu liga, Sang Badak kemungkinan bakal mempertaruhkan segala yang termampu dimiliki mereka untuk mencatatkan keputusan positif. Dari kem mereka, tiada maklumat kecederaan serta pengantungan pemain dilaporkan setakat ini dan mereka dijangka akan menurunkan kesebelasan pemain terbaik yang dimiliki.

Bagi posisi pertama, Syed Adney Syed Hussien hampir pasti menjadi penjaga gawang utama Sabah untuk perlawanan menentang Kelantan. Syed Adney telah menunjukkan persembahan baik ketika perlawanan pertama di Kota Bharu dan khidmat beliau terus ditagih untuk perlawanan ini. Azizon Kadir diletakkan selaku pilihan kedua bersama dengan Mohd Salawi Jasad.


Barisan pertahanan bakal digalas kapten, Mohd Reithaudin Awang Emran selaku ketua jeneral disamping Hariri Mohd Safii serta dua pemain lagi, Zulamri Muhamad dan Mafry Balang.

Jentera tengah pula mempertaruhkan Alto Linus yang menunjukkan disiplin baik ketika sesi latihan selain mengantikan pemain veteran berpengalaman, Sumardi Hajalan yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Justin Ganai memberi peranan luas kepada Alto untuk membantu Zuraindey Jumai serta Shahrul Azhar Ture. Satu tempat lagi kemungkinan besar menjadi milik Rosdin Wasli selepas K. Thanaraj dilihat menunjukkan persembahan dibawah kemampuan sebenar.  Pemain berasal dari Kelantan, Saffuan Ibrahim turut berpeluang disenaraikan dalam kesebelasan simpanan.


Penyerang pula mempertaruhkan penjaring terbanyak mereka ketika ini, Razlan Oto untuk menambah koleksi jaringan selain menembusi benteng kebal yang dibentuk pertahanan Kelantan. Dibantu Zainizam Marjan, dua pemain ini diharap dapat mengekalkan konsentrasi dari awal permainan sehingga wisel penamat dibunyikan. Selain mereka, Stanley Bernard yang berpengalaman di luar negara turut kemungkinan tersenarai selaku pemain utama pasukan untuk dimasukkan manakala Farid Ideris hanya menjadi pilihan keempat dalam senarai penyerang yang bakal digunakan Sabah.

Kelantan


Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Itulah perumpamaan pemain Kelantan yang bertandang ke arena Sabah untuk misi besar merangkul Piala Liga Super. Bukan senang untuk mencari penamat gemilang dan bukan susah untuk mereka tersungkur membenarkan dua lawan dibawah memintas pada saat akhir. Tiada masalah dari kem Kijang kecuali ketiadaan Azwan Roya ekoran masalah pengantungan, selebihnya, pemain utama bakal dihimpunkan dalam satu pasukan mengharungi geloran 90 minit terakhir di Likas.


Khairul Fahmi diletakkan selaku penjaga gol utama selepas sembuh dari masalah kecederaan ketika bersama skuad negara. Penjaga gol kedua menjadi rebutan Shahrizan Ismail dan Norhadi Ubaidillah manakala Halim Napi bertandang selaku pemerhati dan rakan "sparring" kepada penjaga gol lain.


Barisan pertahanan Kelantan tidak lagi asing dimana Farisham Ismail yang telah melakukan debut pertama dengan skuad Kebangsaanakan diturunkan dalam kesebelasan utama bergandingan dengan S. Subramaniam. Bahagian pertahanan tepi bakal digalas Daudsu Jamaludin dan Zairul Fitree manakala Wan Rohaimi, Rizal Fahmi dan Aziz Ismail berada di bangku simpanan.


Mohd Badri Radzi pula mengetuai pasukan selaku "playmaker" dengan Shakir Shaari berada di belakang selaku pemain "defensive". Kehilangan Nurul Azwan Roya membuka peluang kepada Izuan Salahudin dimasukkan kedalam kesebelasan utama sekali lagi di posisi sayap kiri dengan S. Chanturu bermain di tepi sebelah kanan. Solehin Kanasian turut berpeluang masuk seandainya Karathu mahukan Chanturu bermain selaku penyerang dan Solehin diberi tanggungjawab menjana serangan di posisi sayap kanan. Barisan lengkap di bahagian tengah untuk menjana serangan demi serangan selain membantu penyerang melakukan jaringan gol.


Penyerang pula kemungkinan Ramzul Zahini Adenan akan bermula di tempat pertama selaku rakan gandingan bersama Norshahrul Idlan Talaha. Dua pemain ini diharap mampu memberi jaringan awal kepada Kelantan bagi mengelakkan tertekan pada penghujung saingan andai tuan rumah menggunakan taktik serangan balas berkesan. Khalid Jamlus turut berpeluang selepas sembuh dari kecederaan berulang manakala Nidzad Ayub menunggu peluang masuk selaku "SuperSub".

Penyokong

Dikhabarkan penyokong Sabah menerima promosi besar-besaran sebagai galakan untuk turun memberi sokongan kepada pasukan mereka dalam pertemuan dengan pendahulu liga. Status perlawanan terbesar yang melibatkan Piala Liga Paling Utama, penyokong Sabah sudah tentu tidak mahukan suasana 2008 berulang dengan segelintir pihak sahaja berada di stadium menyaksikan perlawanan. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan pihak kelab dan pengurusan pasukan dan jangkaan mereka bakal menerima kehadiran paling tidak 5000 penyokong yang bertandang ke kawasan perlawanan.



Bagi penyokong Kelantan, 10 gendang Cina pukulan 10 ahli Kelab Penyokong Induk dibantu sorakan Ultras Kelantan The Red Mania serta ratusan peminat setia The Red Warriors yang bertandang, mereka dijangka mendominasi arena lawan dengan sorakan gomo Kelate gomo. Sorakan gemuruh kepada pemain perwira merah untuk sekurang-kurang menaikkan semangat ketika bermain.

Paling utama, kedua-dua penyokong perlu sentiasa menanamkan sikap profesional ketika memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Tiada provokasi dan tindakan liar selain tidak menunjukkan kejaguhan yang boleh mendatangkan kesan buruk semasa dan selepas perlawanan.

Kita harapkan pengurusan Sabah FA menyediakan prasarana perkhidmatan terbaik selain bantuan anggota polis dan Rela bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak elok sepanjang perlawanan berlangsung.

Sokongan penyokong kepada pasukan diterjemahkan pemain didalam padang. Kita hadir memberi sokongan bukan membawa hukuman. 

Untuk perlawanan ini, Kelantan dijangka mencatatkan kemenangan tipis 2-1 keatas Sabah. -RedsfcNews-

Sumber gambar:
http://www.sabahawks.net/galeri.html
Laman Facebook WawanFaiz.Com

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 ulasan:

Penyokong Sabah said...

sabah tatapp 2-0.. menang sama kelantan. Main Ko Burung sama itu The Red Warriors.

Anonymous said...

insyaAllah kelantan menang.mo 1 mata jak lagi..bukan ssh pun..hehehehe

Anonymous said...

bole bah kalo ko, haha.. kelantan menang bah malam ni, juara liga super. pasukan ko bole ka bah.

Anonymous said...

mene kelate meta lagi nt kelih.