Saingan mendebarkan bermula dari minit pertama perlawanan ditamatkan dengan cemerlang oleh semua pemain didalam pasukan Sang Kijang.
Ucapan terima kasih juga wajar diberikan kepada Norshahrul Idlan Talaha selepas dua gol penyerang prolifik ini memberikan kejuaraan liga utama pertama kepada Kelantan sepanjang 90 tahun pembabitan dalam sukan bola sepak negara.
Bermula seawal minit ke-2 Kelantan mengasak kubu pertahanan Sabah melalui kuisan lemah Ramzul Zahini kepada penjaga gol tuan rumah setelah menerima umpanan menarik Mohd Izuan Salahudin.
Tiga minit kemudian, 2000 penyokong Kelantan di Stadium Likas berpesta setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak menggunakan hantaran Badri Radzi dengan menyepak masuk bola kedalam jaring menewaskan Azizon Kadir untuk gol pertama.
Pada minit ke-14, Zainizam Marjan hampir menyamakan kedudukan namun tandukan tepat penyerang veteran Sabah ini berjaya diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat.
Tidak lama kemudian, Badri Radzi yang tidak dikawal melepaskan satu sepakan kencang dari luar kotak penalti tetapi sedikit tersasar.
Shahrul Azhar Ture pula menyaksikan sepakan deras dari dalam kotak penalti pada minit ke-21 terkena jaring tepi walaupun tidak dicabar pertahan Kelantan.
Percubaan dari jarak jauh Daudsu Jamaludin pada minit ke-45 menutup separuh masa pertama dengan Kelantan mendahului tuan rumah dengan satu gol.
Lima minit bersambung babak kedua, Mohd Izuan Salahudin mempunyai dua peluang keemasan meletakkan Sang Kijang selesa didepan namun hantaran cantik Norshahrul Idlan Talaha kepadanya disudahkan dengan sepakan lemah mudah diselamatkan Azizon Kadir.
Sabah tidak menunggu lama mengancam barisan pertahanan Kelantan melalui sepakan kaki kiri kencang Mafry Balang melambung tinggi pada minit ke-57.
Selepas itu, Shahrul Azhar Ture pula mengsiakan peluang terhidang setelah sepakan dari luar kotak penalti hasil hantaran satu dua bersama Zainizam Marjan berjaya ditampan Khairul Fahmi Che Mat.
Tanpa diduga, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan Kelantan dengan dua gol pendahuluan pada minit ke-71 hasil sepakan menarik dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran baik ketua pasukan.
Ketinggalan dua gol memaksa Sabah melakukan pertukaran pertama memasukkan Razlan Otto dan pemain ini pantas menunjukkan bisa selepas memperdayakan Khairul Fahmi dengan sepakan lencong cantik pada minit ke-77.
Gol pertama menyuntik semangat melawan Sabah mencari gol penyamaan namun beberapa cubaan pemain mereka berjaya diselamatkan Khairul Fahmi selain tersekat dengan kecemerlangan benteng perthanan Kelantan.
Pada minit akhir perlawanan, Norshahrul Idlan Talaha nyaris menjaringkan hatrik setelah berjaya melepaskan satu rembatan kencang dari dalam kotak penalti tetapi Azizon Kadir lebih bersedia menepis keluar.
Tambahan masa empat minit gagal disudahkan dengan tambahan jaringan memberikan Kelantan tiga mata penamat untuk muncul juara Liga Super 2011.
Lain-lain keputusan, Terengganu naik ke tangga kedua memintas Selangor yang terikat tanpa jaringan dengan Perak di Ipoh. Terengganu menang selepas membelasah Felda United 6-2 di Petaling Jaya. Perlis dan Pahang tersingkir ke Liga Perdana pada tahun 2012 setelah gagal berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik. -RedsfcNews-
Kesebelasan Pemain.
Sabah: Justin Ganai
Azizon Kadir (Gk), Mohd Reithaudin, Hariri Mohd Safii, Mafry Balang, Rosdin Wasli, Alto Linus, Shahrul Azhar Ture (Sumardi Hajalan), Zainizam Marjan, Bernard Stanley (Razlan Otto) dan Mohd Radzi.
Kelantan: Datuk M. Karathu
Khairul Fahmi Che Mat (Gk), S. Subramaniam, Daudsu Jamaludin, Farisham Ismail, Zairul FItree Ishak, Shakir Shaari, Mohd Badri Radzi (Kp), Izuan Salahudin (Nidzad Ayub), S. Chanturu, Ramzul Zahini (Aziz Ismail) dan Norshahrul Idlan Talaha.
Statistik Perlawanan
Gol
Sabah 1-2 Kelantan
Percubaan
Sabah 7/3-11/6 Kelantan
Offside
Sabah 1-1 Kelantan
Sepakan Sudut
Sabah 2-1 Kelantan
Kekasaran
Sabah 11-16 Kelantan
Kad Kuning/Merah
Sabah 2/0-3/0 Kelantan
Posisi Bola (%)
Sabah 49-51 Kelantan
Pemain terbaik Perlawanan
Norshahrul Idlan Talaha.
0 ulasan:
Post a Comment