Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha terlepas merangkul kasut emas Liga Super selepas dipintas saat akhir Abdul Hadi Yahya.
Walaupun menjaringkan dua gol ketika membantu Kelantan menjulang Liga Super, ia tidak cukup untuk menobatkan beliau selaku penjaring terbanyak kerana Hadi turut meledak empat gol.
Abdul Hadi Yahya meledak empat jaringan ketika Terengganu garang membenam Felda dalam usaha mereka mengejar Kelantan di tangga teratas menjadikan jumlah keseluruhan 20 gol.
Namun begitu, Norshahrul Idlan Talaha tidak perlu kecewa kerana sumbangan besar sepanjang musim Liga Super sudah cukup untuk membantu Sang Kijang.
19 jaringan dari 26 perlawanan Liga Super, lima jaringan dalam Piala FA selain hampir 12 hantaran gol kepada rakan sepasukan sudah cukup kepada pemain ini untuk dinobatkan selaku pemain terbaik dalam Liga Malaysia.
Walau dinafikan status raja gol pada perlawanan terakhir, Norshahrul Idlan Talaha tetap dianggap penyerang prolifik terbaik Kelantan sepanjang kariernya bersama The Red Warriors.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment