Mohd Khairul Izuan Rosli muncul wira setelah jaringan pada minit ketiga masa tambahan memberikan Kelantan kejuaraan selepas kali terakhir melakukan pada tahun 2005.
Bermain diatas padang licin memberikan kelebihan kepada tuan rumah untuk mendapatkan gol awal dengan melakukan serangan demi serangan kearah pintu gol pelawat.
Hasilnya, Aris Zaidi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-8 perlawanan selepas penjaga gol MP Muar, Mohd Khairul Izzuwan Saari gagal menangkap kemas sepakan sudut membolehkan penyerang Kelantan tersebut menampan masuk dari jarak dekat.
Selepas gol tersebut, perlawanan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan untuk mendapatkan jaringan.
Namun, MP Muar lebih bernasib baik selepas sepakan kencang Mohamad Norhakim menerjah jaring untuk gol penyamaan pada minit ke-23.
Gol penyamaan menyemarakkan semangat pasukan pelawat untuk terus memburu jaringan tetapi kekentalan barisan pertahanan Kelantan membolehkan keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Kelantan memulakan dengans serangan pertama melalui gandingan Norfarhan Yaacob dan Aris Zaidi tetapi pertahanan MP Muar bijak menyerap asakan.
MP Muar turut berpeluang menambah jaringan namun kegopohan barisan depan melakukan penyudah menggagalkan usaha mereka.
Pertengahan babak, Azyu Ikmal menerima hantaran cantik dari Nick Chan namun sepakan penyerang gantian Kelantan dari jarak dekat berjaya ditampan sebelum dikeluarkan pertahanan MP Muar.
Empat minit sebelum tamat, President Warriors terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Zamri Ramli dilayangkan kad merah selepas mengasari ketua pasukan MP Muar Fc.
Tambahan masa tiga minit yang diberikan gagal digunakan kedua-dua pasukan untuk mencari gol kemenangan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.
Pada minit ke-93, Mohd Khairul Izuan Rosli mengembirakan hampir 5000 penyokong setia setelah menyudahkan hantaran Akid Ramli dengan sepakan kencang dari luar kotak penalti ke arah bucu kiri pintu gol MP Muar untuk gol kedua Kelantan.
MP Muar yang ketinggalan tidak berputus asa dengan melakukan beberapa serangan bahaya kearah pintu gol Kelantan tetapi ketumpulan penyerang mengecewakan kem pasukan dari Johor tersebut.
Ketika perlawanan hampir ditamatkan, MP Muar pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah mereka dilayangkan kad merah hasil kekasaran keatas Aris Zaidi.
Seminit kemudian, perlawanan akhirnya ditamatkan oleh Shamsudin Ibrahim untuk memberikan Kelantan kejuaraan keempat sepanjang 25 edisi Piala Presiden dipertandingkan.
Selaku juara, Kelantan membawa pulang Piala Pusingan, medal dan wang tunai sebanyak RM100 000 manakala MP Muar FC mendapat medal dan wang tunai sebanyak RM50 000 selaku naib juara. -RedsfcNews-
Kesebelasan utama:
Kelantan: Zahasmi Ismail
Muhamad Syazwan (Gk), Faizol Nazlin, Syafiq Haikal (Norhamizi Haron), Nik Shahrul Azim (KP), Zamri Ramli, Khairul Izuan Rosli, Norsyahrul Hawari(Nicholas Chan), Mohamad Syawal Rudin (Zabeel Mat Noor), Muhammad Shahiran Md Zin (Mohamad Azyu Ikmal), Farhan Yaakub (Akid Ramli) dan Mohamad Aris Zaidi.
MP Muar: Rosli Omar
Mohd Khairul Izzuwan Shaari, Muhammad Adli Muhammad (N Kartigesu), Afiza Azhar (S Sadesh Kumar), Mohd Nadzmeer, Mohd Nor Hakim, Zailan Mohamad (Muhammad Shazrul Nizam), M Tamilselvam, Mohd Afiq Akmal (R Nandakopal), Muhammad Fauzi (KP), Nasrullah Haniff Johan dan S Harivarman (Ahmad Hisyamudin Alias).
2 ulasan:
video ini telah diambil dari sokernet.com tetapi sayangnya watermark telah ditutup dan senang2 digantikan dgn depa punya
minta maaf kepada sokernet atas kesilapan meletakkan video tersebut dan ia telah digantikan dengan video yg dikeluarkan Sokernet..
Post a Comment