Kelantan Tidak Tandus Bakat Muda.

Kelantan tidak ketandusan bakat muda sejak turun temurun.


Buktinya, kejayaan bermakna pasukan Piala Presiden mereka menjulang kejuaraan selepas menumpaskan MP Muar FC dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Benar, ada cakap-cakap mengatakan mereka menang kerana nasib dan pihak tersebut perlu sedar serta akur bahawa kejayaan yang diperoleh bukan semata-mata tuah tetapi adalah dengan kekuatan sebenar.

Masakan mereka menang nasib di halaman sendiri sedangkan kejayaan mara ke pentas "final" disusuli dengan perjalanan liga semusim dan saingan kalah mati dari pasukan hebat. Pemain jelas menunjukkan tahap disiplin tinggi serta sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan untuk mara sejauh ini.

Mereka merupakan Sang Juara mutlak dengan mencatatkan pungutan mata tertinggi dari 22 pasukan yang bertanding selain hanya tewas dua kali iaitu peringkat kumpulan kepada Sabah dan sekali lagi tunduk kepada Johor dalam saingan suku akhir kedua di Johor Bharu.

Adakah itu juga kerana nasib semata-mata President Warriors muncul juara terbaru edisi ke-26.

Secara jujurnya, President Warriors gah dengan pemain yang berkaliber dan mampu menangani tekanan demi tekanan sepanjang saingan liga dan peringat kalah mati.

Bakat muda yang dipertaruhkan Zahasmi Ismail dan barisan kejurulatihan lain bukan sahaja mencipta gemilang peringkat simpanan malahan membanggakan semua peminat pasukan Kelantan The Red Warriors.

Apa tidaknya, bakat muda yang digilap dilihat mampu pergi jauh jika mereka berterusan menampilkan tahap disiplin untuk menjadi pemain bola sepak masa depan. Para pemain President Warriors juga berjaya menyakinkan pihak di luar sana bahawa Kelantan merupakan lubuk mencipta pemain yang dapat direkrut dalam pasukan senior.

Justeru itu, pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu lebih memberi peluang kepada para pemain muda ini untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

Pemain seperti Aris Zaidi, Izuan Rosli, Azyu Ikmal, Nik Shahrul Azim serta ramai lagi banyak memberikan sumbangan berkesan dalam perlawanan peringkat umur dan andai diberi lebih peluang di masa depan, siapa tahu mereka bakal muncul antara pemain yang dapat mengharumkan nama negeri dan negara di persada lebih tinggi. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: