Kolumnis: Tiga Sudah Datang, Satu Bakal Menyusul.

Tiga piala kejohanan Liga Malaysia 2011 sudah berada di Kota Bharu. Satu lagi bakal menyusul selepas Aidilfitri nanti.


Itulah harapan menggunung para peminat setia kepada pasukan The Red Warriors.

Muncul johan peringkat senior dalam Piala Sumbangsih dan Liga Super selain menggondol Piala Presiden untuk peringkat simpanan, sekali lagi Tentera Merah mengharapkan skuad Kelantan mengekalkan Piala Malaysia di bumi bertuah Cik Siti Wan Kembang.

Biarpun terlepas Piala FA ketika satu saat untuk tamat perlawanan, para peminat bola sepak tanahair termasuklah pengkritik tegar pasti mengenang Kelantan selaku kuasa baru Liga Bola Sepak Tempatan ekoran prestasi hebat secara berterusan.

Walau tidak rela, itulah hakikat sebenarnya buat mereka kerana The Red Warriors bukan lagi pasukan senang diremehkan serta bukan lagi skuad yang mudah untuk diperkotak-katikkan seperti dahulu.

Sukar untuk mengulangi kejayaan yang telah membanggakan seluruh warga Kelantan tidak kira di Malaysia dan luar negara. Rentetan kemenangan dan kebanggaan yang dicapai hasil penat lelah bertahun-tahun secara realitinya telah diakui semua pihak bahawa Kijang Emas telah berjaya mengorak langkah penuh berani dengan menuju kemuncak pencapaian.

Ramai peminat Sang Kijang yang dulu telah berpatah arang, berkerat rotan mula kembali bersama anak muda yang lain untuk memberikan sokongan kepada delegasi impian ciptaan Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan.

Justeru itu, kejayaan mempertahankan Piala Malaysia pada tahun ini bakal melengkapkan satu musim terbaik dalam catitan sejarah pasukan Kelantan sejak ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1946.

Impian yang digalas bukan sekecil-kecil harapan tetapi satu amanah dari semua rakyat buat para perwira Kijang terus mencipta gelombang kebangkitan berterusan didalam saingan liga utama negara.

Ini bukan direka, tetapi sebesar-besar keinginan penyokong kepada Sang Juara menggapai kejayaan paling bermakna. Semoga kejayaan sentiasa berpihak pada pasukan Kelantan The Red Warriors. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: