Kolumnis: Berakhir Sudah.

Kekalahan secara agregat kepada Singapura menamatkan perjuangan Malaysia setakat pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.


Turun selaku Juara Asean tidak menjanjikan tempat dengan mudah apabila Singapura membuktikan mereka sememangnya lebih layak berada di pusingan selepas ini.

Kekesalan sudah tidak berguna kerana The Lions telah disahkan akan membawa cabaran ke pusingan ketiga dengan Malaysia terpaksa menanti lima tahun lagi untuk cuba melepasi kelayakan berikutnya.

Tetapi itulah hakikat yang wajar ditelan kerana kualiti Malaysia masih tidak setaraf dengan pasukan yang telah mendapat bantuan dari tenaga import.

Bukan memperkecilkan skuad kendalian K. Rajagobal namun situasi ini merupakan kenyataan tersurat kepada Harimau Malaya bahawa mereka akan tetap tersingkir andai gagal melakukan sesuatu lebih baik dari pasukan lawan.

Tiada alasan sebenarnya dengan kekalahan ini kerana Singapura menunjukkan isyarat jelas dimana Malaysia akan berada jika layak ke pusingan ketiga. Singapura menggunakan segala kelebihan yang mereka miliki untuk menunjukkan jalan keluar secara terhormat kepada negara sejiran.

Benar Rajagobal berhak tetapi perlu dilihat pada situasi semasa adakah pemain itu benar-benar mampu menggalas tempat dalam pasukan utama negara.

Jika tidak, ketepikan sahaja. Masih ramai pemain berbakat dan berbisa di luar sana. Mengapa perlu kekalkan pemain yang gagal memberi sumbangan sedangkan beberapa pemain lain lebih mampu beraksi dengan baik di peringkat tertinggi.


Namun begitu, tetap ada positifnya walaupun kekecewaan melanda kem negara.

Apa yang dapat diperhatikan, sokongan padu kepada pasukan negara terus bertambah dengan limpahan hitam kuning membanjiri kawasan stadium. Satu fenomena yang jarang dapat dilihat seandainya melibatkan pasukan Malaysia.

Tetapi, adakah perlawanan melibatkan Malaysia selepas ini bakal menarik kehadiran puluhan ribu seperti ini. Tidak mungkin andai Rajagobal berterusan membuat keputusan yang boleh dipertikaikan walaupun dia berhak selaku ketua jurulatih.

Ia akan menjadi mungkin seandai "King K" menyerapkan tenaga terkenal di peringkat domestik dari cuba mengekalkan pemain yang sudah bersamanya sejak zaman remaja.


Memetik kata seorang rakan, ada pemain diletakkan di bangku simpanan pasukan negeri dan kelab tetapi menjadi pemain utama dalam pasukan negara.

Salah siapa? Hanya mereka didalam pasukan sahaja yang tahu.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: