Strategi Kawal Safee Berhasil.

Strategi Singapura mengawal ketat penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali, berhasil menyekat kemaraan Malaysia dalam perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Walaupun pemain ini dapat menghadirkan satu gol buat tuan rumah pada minit ke-58 tetapi jaringan tersebut tetap gagal membantu Malaysia mara ke peringkat seterusnya.

Namun, kelibat Safee menyerlahkan mengapa Singapura mengarahkan dua pemain untuk mengawal dia dari bergerak bebas.

Dua jaringan yang dilakukan pada perlawanan pertama sudah cukup memeritkan barisan kejurulatihan Singapura memaksa mereka mengarahkan pemain pertahanan mengunci terus gerakan Safee.

Ternyata strategi itu berhasil kerana Safee Sali bukan sahaja tidak dapat melakukan percubaan bahaya kearah pintu gol kawalan Izwan Mahbud malahan gerakan pemain Malaysia lain turut tersekat.

Selain itu, disiplin tinggi yang ditunjukkan pemain Singapura ketika bertahan turut wajar dipuji kerana beberapa kesilapan yang dilakukan seseorang pemain berjaya dikawal dengan sempurna pemain lain.

Gerakan Malaysia berjaya dipatahkan dengan sepakan keluar jauh ke kawasan tengah selain bermain bola mudah dengan mengelakkan pemain Malaysia berlegar didalam kawasan penalti mereka.

Ini yang gagal dilakukan Malaysia ketika menerima serangan bertali arus pasukan pelawat pada babak kedua menyebabkan pihak lawan mengukuhkan kedudukan mereka dengan gol penyamaan pada 20 minit terakhir. -RedsfcNews-

Photo: Shazli Shamsudin Photography.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: