Pelik. Sangat pelik dengan bola sepak Malaysia.
Mengapa penjaga gol harus dipersalahkan seratus peratus selepas melepaskan gol kepada pasukan lawan.
Adakah penjaga gol tugas mereka hanya mengawal gawang dan jika tidak bolos mereka dikira hebat dan harus dikekalkan dalam pasukan untuk perlawanan seterusnya.
Bagaimana gol yang dilepaskan jika kesilapan dilakukan barisan pertahanan.
Bagaimana juga dengan gol lawan hasil serangan balas selepas pemain tengah atau penyerang melakukan "mistake" dari atas.
Adakah semuanya digalas di bahu penjaga gol?
Sebelum berbicara lebih "detail", pengarang nak mengajukan satu soalan. Pernahkan anda merasai pengalaman menjadi penjaga gol sehingga melontarkan kata-kata bagaikan sudah hebat mengawal gawang?
Jika tidak, hentikan kritikan dan rasai sendiri tugas penjaga gol mengawal pintu gol dari dibolosi.
Rasai sendiri bagaimana sukar dan tekanan terpaksa dihadapi penjaga gol kerana "kebodohan" pemain pertahanan melakukan kesilapan menyebabkan pasukan lawan dapat melakukan cubaan demi cubaan kearah pintu gol.
Baru anda boleh kritik dan mengata kepada penjaga gol mengapa mereka melepaskan gol.
Tidak pernah ada dalam sesebuah pasukan penjaga gol tidak melepaskan gol akibat kesilapan sendiri. Itu perlu diakui dan perlu diterima.
Tetapi kesilapan yang dilakukan tidaklah sekerap yang mungkin membawa kepada kekalahan besar kepada pasukan yang mempertanggungjawabkan seseorang penjaga gol mengawal kubu terakhir.
Lihat pada Van Der Sar, bekas penjaga gol Manchester United dari Belanda, sepanjang mewakili kelab Inggeris tersebut, bukan sekali tetapi berkali-kali dia melakukan kesilapan.
Cuba tengok Fabien Barthez, berapa kali penjaga gol Perancis ini melakukan kesilapan dalam kariernya. Tidak termasuk lagi Iker Casillas, Victor Valdes dan Buffon.
Tetapi adakah pasukan menyalahkan mereka andai kekalahan menimpa dengan jaringan besar.
Sama sekali tidak kerana pihak kejurulatihan akan meneliti kembali jaringan yang dilakukan pihak lawan dan mengkaji punca berlakunya kesilapan membenarkan lawan membolosi pintu gol mereka.
Tidak di Malaysia, kekalahan besar kepada Liverpool menyebabkan Khairul Fahmi dicemuh dan giliran Sharbinee pula dikutuk dihina dek melepaskan lima gol ketika tewas kepada Singapura.
Walaupun gol yang dijaringkan bukan semua berpunca dari mereka tetapi kesalahan tersebut dipertanggungjawabkan kepada mereka menyebabkan pemain yang bermain selaku penjaga gol turun dengan tekanan tinggi pada setiap perlawanan.
Ini kerana, setiap gol yang dilepaskan walau kerana "kebangangan" pertahanan dan pemain tengah, maka penjaga gol tetap disalahkan.
Begitu mudahnya melemparkan kesalahan. Tiada guna melaungkan bola sepak permainan 11 pemain tetapi bila terjadinya kekalahan teruk, hanya satu dua pihak saja diletakkan kesalahan di bahu mereka.
Sudah terbukti, minda kita masih dikongkong dan belum maju setaraf Eropah dan negara Asia lain yang telah pun menjejak kaki ke Piala Dunia.
Renungkan dan selamat berfikir. Tepuk dada tanya hati, nila dan kaji sebelum menyalahkan sesiapa.
Kredit Photo:
Shazli Shamsudin Photography
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
7 ulasan:
etul2
foootball is a team game..they need a team work.
Ambo dok sir ulase panje... yg penting.. komunikasi sesama mesti ado.. kerjama setiap pemain perlu... hok lain2... buke milik kito utk tentu ke...
nok maju staro mano gk bola mesia klu ado antara kito telajok emosi...nok back up wat gapo gak bendo2 gini nyo..byk lgi hok peting yang perlu di back up...
klu masa lawan liverpool kami bolih accept yang kita masih belum setaraf mereka... tp masa lawan singapura, sarbini harus dipersalahkan kerana melepaskan gol2 mudah ( situasi bola mati ) tanpa cuba menyelamatkan bola tersebut tp dia lebih suka menyalahkan pertahanan atas kesilapan nya. sarbini memang xpatut bermain pada malam malaysia vs singapura tempoh hr...
mmg kite xleh persalahkan pjaga gol 100%.ade jgk gol atas kesilapan defend...tp ak tgk sharbinee ari 2 cam xde usaha lgsung nk selamatkan bola..duk diam je depan gawang.....klu die try to save the ball,ak blh trima la gak....nie kaku je....
dh.. g la main malaysia...... ckap sje x gune....
Post a Comment