Kolumnis: Bakat Muda Keluaran Kelantan.

Penulis:
Muhammad Hafiz a.k.a Betterman

Pernahkah kita kembali mengimbau kedudukan Kelantan Fa atau pemain Kelantan Fa 5 atau 10 tahun lepas. Tidak lah sekerap mana. Kebanyakan dari kita lupa atau tidak sempat mengalami saat itu.


Satu bab yang saya nak highlight, mengenai pemain Kelantan yang jika berhijrah dan tiba-tiba terpanggil untuk menyertai Skuad Kebangsaan, ianya satu berita kebanggaan yang besar kepada peminat. Walhal jika anda semua nak tahu, dulu tidak ada pemain Kelantan yang akan dipanggil kecuali mereka keluar berhijrah.

Kalau ada pun yang terpanggil menyertai Skuad Kebangsaan mereka anak Kelantan tapi bukan dari pasukan Kelantan Fa, seperti gandingan Nik Fadly, Nafuzi dan Tg. Hazman. Mereka dipanggil dari pasukan sekolah mereka di Kelantan lagi, bukan dari pasukan. Selain itu tak ramai di panggil kalau ada pun seperti Wan Rohaimi dan Azlan Ismail sahaja. Tetapi ramai yang menyinar dan dibanggakan penyokong apabila berhijrah. Lihat saja Fatrurozi, Hardi Ahmad, Tg. Hasbullah, Che Hishamuddin, Akmal Tabarani dan lain-lain.

Begitu juga ada dikalangan penyokong yang berbangga dengan anak kelahiran Kelantan tak pernah mewakili Kelantan Fa tetapi berjaya seperti Rudie Ramli, Fakri Saarani, Hasmawi Hasan dan lain-lain. Penyokong bola Kelantan sangat ghairah dengan gilapan bakat. Mereka sangat bangga dengan pemain bolasepak. Sehingga mereka lupa pemain Kelantan Fa yang terakhir di panggil ke Skuad Kebangsaan adalah Zahasmi Ismail(yang sudah menjadi jurulatih Skuad Presiden Kelantan) dan Halim Napi, mungkin lebih 10 tahun lepas.

Kembali ke musim 5 tahun terakhir ini yang senarionya sudah berubah. Pemain Kelantan Fa berebut-rebut diserap ke Skuad Kebangsaan, mana-mana yang datang ke Kelantan sudah boleh memasang impian di panggil. Sehinggakan tidak ada ruang untuk pemain muda bernafas di skuad bintang. Jika dulu Kelantan di panggil lubuk emas mengeluarkan bakat-bakat muda yang berkualiti untuk Liga Malaysia bukannya pasukan nasional, sekarang situasi sudah berbeza.

Ketika Kelantan Fa gah dengan nama-nama bintang, kemalapan pemain muda dari Skuad muda Piala Presiden sudah tidak sempat di gilap walaupun ada juga yang menyinar dan sempat memecah masuk skuad utama. Apa yang kita tahu pemain muda Kelantan yang disunting untuk di bentuk oleh Ong Kim Swee seperti Zaharulnizam, Syahrul Azwari, Ferris Danial dan lain-lain, ada beberapa yang di drop dan terkapai-kapai.

Hari ini kita dengar seluruh kesebelasan utama Kelantan Fa dipanggil untuk latihan skuad nasional dan olimpik. Membanggakan, dan ironinya, sudah tidak ada lagi pemain Kelantan yang berhijrah menyinar di luar. Satu vice-versa yang menukar terus situasi kehidupan pemain bola sepak anak Kelantan.

Kita lihat pembangunan bolasepak di Kelantan menyenangkan budak-budak setempat untuk membina karier sebagai pemain bolasepak dengan gaji, fasiliti dan masa depan yang agak terjaga. Saya yang mengikuti situasi ini, menunggu dengan penuh harapan anak muda Kelantan yang berhijrah bermain bola di luar Kelantan mampu menyinar dan sekurang-kurangnya ada nama baru kelahiran Kelantan yang dipanggil menyertai Skuad Malaysia.

Hari ini ada satu nama muncul, ianya merujakan saya, dan sangat berbangga dengan survival pemain muda ini. Bermain untuk pasukan presiden Kelantan 2008, dibawa keluar menyertai skuad Harimau Muda dan tercicir, bermain cemerlang dengan Pahang Fa dan menjadikan dia satu-satunya pemain dari skuad Tok Gajah yang currently di panggil berlatih untuk Skuad Olimpik.

MOHD FAMIRUL ASYRAF menjadi "key" player di Pahang Fa, bermain sebagai Central Midfielder, sayap kanan atau penyerang kedua, mempunyai fokus, kerajinan dan kecekalan yang tinggi, mampu membuat rembatan deras. Saya amat berharap pemain natural midfielder ini mempunyai masa depan yang cerah sekurang-kurangnya untuk 5 tahun akan datang. Selamat maju jaya buat PEACOCK. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

17 ulasan:

apeeh said...

ooo,,bru tau rudie ramli 2 asal klate

RedsFC said...

yup. rudie asal kelate, dirumours menyertai kelate 2009 atas psane ayah dio tp dio xse mari.

Anonymous said...

ambe tok tahu sejarah.tapi napok doh skrip dio sikit2 start dr mula.time kasih atas info demo.

Anonymous said...

Bagusla info2 gini...terbaekk redsFC news

hisyam said...

salam kawe nak tahu g mana semua player ni main..dulu kawe minat puak2 ni..tolong le bg tahu pasukan dia main sekarang..tq
zul eshan yunus. Fatrurozi, Hardi Ahmad, Tg. Hasbullah, Che Hishamuddin, Akmal Tabarani dan lain-lain.

hisyam said...

kalau boleh senaraikan pemain asal kelantan atau anok kelatan kelahiran luar...ramai we,,saja nak tgk puak2 kita ni pandai mai bola..ha ha

M.ASHRAF said...

Rudie ramli oghe alah kg teluk panji tue..time kechik2 dulu duk main bola dlm sawoh padi jah haha

RedsFC said...

Zool ehsan nga akmal bersara.
Fatrurozi - Felda
Hardi - x pasti
Tg Hasbullah - Ganu
che mudin - Liga FAm kelab x ingat..

RedsFC said...

nati kawe senaraikan pemain2 tersebut. InsyaAllah..

Anonymous said...

Fatrurozi - tak tahu main mano-Felda drop dah.
Hardi - Betaria FC (N9, Liga FAM)
Tg Hasbullah - Ganu T.Team
che mudin - Betaria FC (N9, Liga FAM)

Anonymous said...

Fatrurozi - ATM FC
Betaria FC (N9, Juara Liga FAM 2011, promoted to Premier League)

Anonymous said...

tak silap kawe last player kelate dibawah kelate FA yg dipanggil ke kem malaysia adalah Azlan ismail,masa tu kelate main liga FAM dan dia belum join perlis..betulkan kalau kawe silap...sekali tu ja dia dipanggil lps tu terus sunyi..

Anonymous said...

mat lan ado masalah disiplin sbb tu dio keno rijek.

Anonymous said...

Klu gi padang masyar, demo g cari puok2 klater do la.. meme btulla ore kato ore kelate ni ado sentimen kenegerian yang kuat..bongok

ithelpdesk said...

taik beruk..fakri sarani oghe klate..main mcm taik...

Anonymous said...

sek2 kito mmg sedap sokmo..hidup kelate

Anonymous said...

main kat liga kampung boleh la..