Sejarah Ringkas Piala Belia FAM.

Pasti ramai tertanya-tanya bilakah Kelantan menjulang Piala Belia kerana saban tahun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempamerkan piala ini untuk tontonan penyokong The Red Warriors.


Menurut sejarah penganjuran Piala Belia Malaysia, kejohanan ini dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama FAM untuk pemain berusia bawah 19 tahun namun telah dimansuhkan selepas pihak KPT memperkenalkan Piala KPM khusus untuk pasukan bawah 14 dan 17 tahun negeri.

Piala Belia FAM dikenali ramai kerana berjaya melahirkan ramai pemain skuad kebangsaan ketika ini. Siapa tidak kenal dengan Mohd Aidil Zafuan Razak dan kembarnya, Zaquan Adha serta Amirul Hadi Zainal, Safiq Rahim dan penjaga gol Perak, Nasril Nourdin.

Harapan tinggi disandarkan kepada saingan Piala Belia untuk melahirkan lebih ramai lapisan tetapi ia akhirnya dimansuhkan untuk memberi laluan kepada saingan yang lebih kompetetif.

Bermula tahun 2009, Piala Belia (B19) digabungkan dengan kejohanan Piala Presiden (B21) menjadi Liga Piala Presiden (B20).

Kejohanan Piala Belia kali terakhir diadakan pada tahun 2008 dimana Kelantan yang bermain selaku tuan rumah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu menewaskan juara bertahan, Sekolah Sukan Bukit Jalil dalam penentuan final.

Perlawanan ini berlarutan sehingga ke masa tambahan dan akhirnya menobatkan Sang Kijang selaku juara terakhir Piala Belia dengan jaringan 3-1. Ketika itu, Kelantan mempertaruhkan barisan pemain lebih senior berbanding SSBJ menggunakan pemain sekolah sukan yang dibimbing jurulatih skuad Olimpik ketika ini, Ong Kim Swee. -RedsfcNews-

Sumber:
Harian Metro, Rabu, 13 Januari 2010.
Blog Rizal Hashim.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: