Lima pemain The Red Warriors antara nama yang dipanggil Ong Kim Swee menyertai skuad kebangsaan untuk pertemuan dengan gergasi Eropah, Chelsea, 21 Julai nanti.
Tuah nyata menyebelahi S Subramaniam dan Daudsu Jamaludin kerana diberi peluang sekali lagi bermain dengan skuad Kebangsaan manakala Mohd Izuan Salahudin dan Mohd Badri Radzi berpeluang melakukan debut pertama pasukan negara.
Seorang lagi pemain, Mohd Rizal Fahmi Rosid turut dipanggil untuk perlawanan tersebut.
Sebelum ini, Chelsea dalam rangka persiapan pasukan sebelum saingan Liga Perdana Inggeris 2011/2012 dijangka menentang skuad kendalian K. Rajagobal.
Disebabkan pertindihan jadual dengan pertemuan kelayakan Piala Dunia 2014, Ong Kim Swee diberi tanggungjawab untuk memimpin Harimau Malaya melawan mantan Juara Liga Perdana England.
Dengan pemain sedia ada dari skuad Harimau Muda serta memanggil beberapa pemain senior dari skuad negeri, ketua jurulatih tersebut mempunyai banyak pilihan menurunkan kesebelasan terbaik dalam perlawanan itu.
Selain lima pemain Kelantan, beberapa tonggak senior seperti Hairudin Omar, Amri Yah-Yah, Indra Putra Mahayudin, Shahrulnizam Mustapha serta Farizal Marlias turut berada dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment