Tiga pemain luar negara yang akan memperkuatkan The Red Warriors dalam pertemuan persahabatan antarabangsa menentang Pelita Jaya bukan pemain import Kelantan 2012.
Mereka hanyalah pemain jemputan untuk memperkuatkan Kelantan dalam saingan persahabatan nanti.
Menurut Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), pihak mereka hanya akan membuat keputusan pengambilan pemain import selepas mesyurat Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan berkenaan perkara tersebut.
Untuk catatan, desas desus mengatakan tiga pemain tersebut bakal menyertai Kelantan pada tahun 2012 bertiup kencang setelah Timbalan Presiden KAFA, Datuk Affendi Hamzah turut mengesahkan pemain ini hadir untuk menjalani sesi pemilihan dengan Sang Kijang.
Selain itu, tiga pemain tersebut, Josco Farac, Josip Bonacin dan Bojic Mladen telah tiba di Kelantan dan dijangka turun menyertai sesi latihan Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang ini.
Josco Farac juga dijadualkan akan mengadakan sesi latihan bersama pemain Akademi Al Hamra Red Warriors (ARMY) Ketereh dan SMK CHengal pada 5 hingga 7 Julai. -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment