Ringkasan: Peluang President Warriors.

Selepas beberapa tahun tidak layak ke pusingan empat terbaik, President Warriors berpeluang besar untuk meneruskan kecemerlangan mereka dan menjulang kejuaraan Liga Piala Presiden 2011.


Kalah sekali dan muncul pasukan tangga teratas pada peringkat kumpulan, mereka hadir penuh gemilang pada saingan suku akhir untuk mengecewakan wakil dari Selatan, Johor 3-2 secara agregat.

Keyakinan tinggi pihak kejurulatihan dengan prestasi pemain selain sokongan padu peminat setia yang sentiasa memberi sokongan, Kelantan mara ke peringkat separuh akhir dan dijangka menerima tentangan Kelab berpengkalah di Lembah Kelang, PKNS FC.

Cabaran getir buat mereka kerana lawan yang akan ditentang bukan calang-calang pasukan kerana pemain yang membarisi PKNS FC pasti mahu mengulangi kejayaan senior mereka yang menjulang kejuaraan Liga Perdana.

Untuk catatan, Kelantan satu-satunya pasukan negeri yang mampu layak ke separuh akhir selepas tiga lagi tempat diisi pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil, MP Muar dan Pkns. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: