Dua pasukan tercorot, Pahang dan Perlis tersingkir dari saingan Liga Super musim depan selepas menamatkan saingan di kedudukan dua terakhir.
Jejak Perlis yang sudah mengesahkan tempat mereka ke saingan Liga Perdana 2012 diikuti Pahang selepas tewas mengejut kepada Kedah 0-1 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Singa Utara pula diaibkan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Dengan kekalahan itu, Pahang gagal memintas Kuala Lumpur untuk sekurang-kurangnya kekal semusim lagi dalam kancah liga tertinggi negara.
Sementara itu, tersingkirnya dua pasukan tersebut dari saingan Liga Super memberi peluang kepada PKNS FC dan Sarawak untuk naik bersaing dalam saingan utama.
Sarawak yang menduduki tempat kedua Liga Perdana mengekori PKNS selaku Juara musim ini melayakkan diri secara automatik.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 ulasan:
Post a Comment