![]() |
Mungkinkah pemain sehebat Marlon bakal mewarnai sekali lagi Liga Malaysia 2012 |
Siapa tidak kenal Marlon Alex James, Mohammadou Mustapha, Frank Seator dan banyak lagi. Mereka ini merupakan antara pemain import terbaik pernah dibawa masuk kedalam liga bola sepak negara.
Oleh itu, tindakan FAM membenarkan dua pemain import digunakan pada tahun hadapan sekali lagi membawa beberapa pasukan terbaik Malaysia kedalam pasaran perpindahan pemain.
Kelantan telah menyatakan kesediaan mereka untuk membawa masuk dua pemain import yang kompetetif untuk memperkuatkan pasukan dalam saingan liga dan Piala AFC.
Mereka bakal mencari pemain import dari Amerika Latin, Asia Tengah dan negara Afrika untuk diserap masuk dan pencarian mereka bermula lebih awal dari sangkaan apabila melakukan percubaan keatas pemain kelahiran Crotia, Josip Bonacin.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pihak persatuan akan mencari pemain import yang dilihat mampu untuk membantu pasukan memburu kecemerlangan dalam setiap saingan pada tahun hadapan.
Mereka tidak mahu menjadi pasukan belasahan apabila beraksi di tempat lebih tinggi.
Selain Kelantan, Gergasi Merah Kuning juga dikhabarkan bakal merekrut pemain import terbaik untuk menghadapi saingan pada tahun hadapan. Selangor sudah lama meminta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menggunakan tenaga import namun tidak diluluskan.
Justeru itu, kebenaran yang diberikan FAM memungkinkan mantan juara Liga Super tersebut untuk turut bersama The Red Warriors melakukan pencarian lebih awal keatas pemain luar menyertai mereka.
Yang nyatanya, saingan Liga Malaysia 2012 akan dilihat lebih sengit dan bermutu dengan kehadiran tenaga luar negara dalam setiap pasukan yang bertanding. -RedsfcNews-
0 ulasan:
Post a Comment