Pentas Piya Bukti Kemampuan.

Pertemuan Malaysia dengan pasukan gergasi dari England nyata memberi ruang kepada beberapa pemain senior untuk membuat kemunculan pertama dalam skuad negara.


Tidak terkecuali dengan ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi, debut pertama mewakili Malaysia bertemu dengan Chelsea Fc adalah cabaran paling getir pemain ini selaku pemain bola sepak.

Banyak laungan semangat dinyatakan secara terbuka dari penyokong Kelantan untuk menyaksikan pemain kesayangan ramai ini beraksi dengan pasukan negara.

Justeru itu, Badri perlu membuktikan kepada semua pihak bahawa pemilihan dirinya kedalam skuad negara ketika menentang "The Blues" tidak silap sama sekali.

Dia disaran menunjukkan persembahan setara dengan label selaku salah seorang pemain tengah terbaik di Malaysia.

Piya juga tidak boleh bermain sambil lewa kerana mata seluruh peminat bola sepak Kebangsaan dan Kelantan khususnya pasti tertumpu kepada kelibat dan sentuhannya didalam padang.

Sebarang kesilapan dan aksi longlai bukan sahaja menimbulkan kritikan malah merosakkan imej yang dibina sejak membantu Kelantan muncul antara kuasa baru bola sepak tempatan.

Digelar pemain harapan bangsa dan negara oleh segelintir peminat, Badri tidak boleh tidak mesti mencuba yang terbaik ketika mendapat peluang terbesar dalam karier selaku pemain bola sepak Malaysia. -RedsfcNews-

Sumber photo: Shazli Shamsudin Photografi


Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

7 ulasan:

Sek Takir said...

adoww, guano lie nulis pasal piya male ni. dok arap mano kawe nga demo lie. wahahaha

Sek Takir v2 said...

haha delie red sudah berubah.dia sudah memuja idola dia balik.

Takir 3.0 said...

red delie lipak doh. lipakkkkk

Bedil 5 said...

bakpo pakoh abe deli nyo.. dio meme minat Piya yak dulu lg..muwahahahahaha

ibun_jogho said...

Hhah..guano nih? Ado isu paroh ko pakat takir tuh. hhaha..

kamey 6.2 said...

hahahahahaha..

Anonymous said...

sayey mena pesen demo nih lie