Perlawanan Sarkas Jadi Medan Persiapan Terbaik.

Dua perlawanan menentang pasukan gergasi bola sepak England ternyata menjadi medan persiapan terbaik skuad negara bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum melawan Singapura.


Walaupun tewas kedua-dua perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar, skuad negara mendapat pengajaran berguna mengapa taraf aksi mereka masih belum setaraf dengan pasukan terbaik benua Eropah.

Namun, kekalahan yang dicatatkan Malaysia tidak perlu menjatuhkan moral semangat para pemain sebelum melawan Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014, minggu depan.

Sebaliknya pemain skuad Negara perlu mengambil iktibar setiap kelemahan mereka sepanjang dua perlawanan dipergunakan sepenuhnya pasukan Inggeris tersebut.


Deretan kesilapan bahagian benteng menunjukkan betapa persediaan Harimau Malaya masih belum cukup untuk bersaing diperingkat lebih tinggi.

Tugas sukar kepada pengendali dan barisan kejurulatihan Malaysia selepas ini untuk mengenal pasti punca kemerosotan pemain pertahanan dan kawasan tengah.

Dengan kawalan bola tidak kemas, hantaran keluar kepada pihak lawan menyebabkan pemain Malaysia terperangkap dengan corak menyerang pasukan lawan.


Lapan gol yang dilepaskan sepanjang dua perlawanan nyata berpunca dari kesilapan pertahanan dan skill individu tidak menjadi pemain tengah membolehkan pasukan lawan berleluasa mengawal selain melakukan serangan pantas dari setiap arah.

Namun, dengan corak dan semangat melawan jitu, walaupun ditinggalkan pihak lawan tidak mustahil kejayaan bakal berpihak kepada mereka dalam perlawanan menentang Singapura nanti.

Paling utama, para pemain harus sentiasa fokus dan bermain secara berpasukan serta mengelakkan dari melakukan kesilapan di bahagian pertahanan. Sedikit kesilapan seperti menentang Liverpool dan Arsenal bakal mengundang padah kerana Singapura turut memiliki tenagaf import dalam pasukan mereka. -RedsfcNews-

Sumber Gambar:
Shazli Shamsudin Photography

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: