Safee Ledak Dua Gol, Tamat Kemarau Jaringan.

Dua jaringan Safee Salee keatas Liverpool menamatkan kemarau jaringan penyerang Kebangsaan tersebut sejak muncul selaku penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki.


Dua jaringan yang dilakukan Safee walaupun tidak membantu Malaysia mencatatkan kemenangan keatas pasukan dari England tersebut, namun ia sudah cukup membuktikan mengapa pemain yang beraksi dengan Pelita Jaya perlu diawasi sepanjang masa.

Muncul dari bangku simpanan, Safee mempamerkan kualiti penyerang paling berbisa Malaysia selepas mudah menewaskan penjaga gol gantian Liverpool, Martin Hansen hasil hantaran Amirul Hadi sebelum sekali lagi meledak dengan satu sepakan mengelirukan, dua minit selepas itu.

Dengan menamatkan kemarau jaringan selepas beberapa perlawanan antarabangsa diharap Safee dapat meneruskan sentuhan berbisa di hadapan gawang pasukan lawan untuk memburu jaringan kepada negara.

Pemain yang pernah menyarung jersi Selangor ini bakal menjadi senjata utama kepada pasukan negara sebelum aksi melawan Singapura dalam kelayakan Piala Dunia tidak lama lagi.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: