Prebiu Kelayakan Piala Dunia 2014: Singapura mln Malaysia.

Malaysia turun perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 dengan tekad membawa pulang keputusan positif dari Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini.

Bertemu "The Lions", satu tugas sukar kepada pemain skuad Malaysia kerana pihak lawan kali ini dibarisi beberapa pemain import dari negara Eropah.

Tetapi, tembok besar ciptaan Radocko Avramovic bukan tidak boleh dipecahkan jika para pemain Harimau Malaya bermain seperti pemangsa kelaparan. Mereka perlu hadir dengan permainan yang biasa ditunjukkan selain tidak memberi laluan mudah kepada pasukan lawan menggerakkan serangan kearah kubu terakhir.

Tugas K. Rajagobal ialah bagaimana mahu mencorakkan strategi menyerang dan bertahan dengan pantas diatas padang tiruan untuk mengekang pihak lawan berleluasa mengawal permainan diatas padang.

Para pemain turut bertanggungjawab dengan meminimakan kesilapan seperti mana mereka lakukan ketika mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang skuad Liga Perdana Inggeris, baru-baru ini.

Singapura mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri dibantu kehadiran ribuan penyokong setia selain sudah serasi dengan permukaan padang tiruan berbanding Malaysia yang masih belum sesuai dengan corak padang di tempat lawan.

Untuk rekod sepanjang 2005 sehingga 2008, Malaysia tumpas empat kali dan seri enam kali dengan pertemuan terakhir, Harimau Malaya tunduk dengan penentuan sepakan penalti kepada lawan negara sejiran tersebut.

Persiapan Pasukan

Singapura

Ketua jurulatih mereka, Avramovic pernah mengatakan Malaysia mempunyai lebih tekanan berbanding Singapura kerana status selaku juara AFF harus dibuktikan. Namun, mereka tetap berwaspada dengan kelibat pemain Harimau Malaya kerana mereka juga mempunyai impian layak ke pusingan seterusnya selepas ini.

Dua pertemuan persahabatan sahaja selepas tersingkir dari saingan Asean pada tahun 2010, Singapura tetap melaungkan keyakinan mampu mengulangi pencapaian hebat mereka. Keyakinan itu pantas disuarakan sekali lagi selepas mereka menewaskan Taiwan 3-2 dalam rangka persiapan menentang Malaysia. Sebelum ini, mereka tampil garang membelasah Maldives dengan 4-0.

Namun, bantuan pemain import dan pemain baru dinaikkan kedalam pasukan senior, keyakinan yang ditunjukkan Singapura ada asasnya. Merka tentu mahukan pencapaian terbaik terus dilakar selepas mempersiapkan pasukan demi pertemuan dengan skuad Harimau Malaya.

Malaysia

Untuk melawan Singapura, Rajagobal telah mencuba banyak formasi dan kesebelasan pemain untuk mencari keserasian yang mampu memperkuatkan pasukan. Dengan menyertai perlawanan Jelajah Asia pasukan handalan dunia serta perlawanan kompetetif lain, mereka sudah begitu panas untuk menunjukkan jalan keluar kepada Singapura.



Skuad Malaysia menghadapi dua perlawanan besar menentang Arsenal dan Liverpool sebagai persiapan terakhir. Mereka turut dipanaskan dengan beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa selain bermain pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia. Tiada sebab untuk mengaku kalah kepada pasukan yang setakuk di belakang kita dalam persiapan pasukan.


Walaupun kehilangan tonggak utama yang begitu diharapkan, senarai pemain yang ada sebenarnya sudah cukup buat Rajagobal mengatur taktik ampuh. Justeri itu, pertemuan dengan Singapura di Stadium Jalan Besar harus dilalui dengan keputusan yang positif.

Jangkaan Kesebelasan Utama

Singapura


The Lions dikhabarkan mempunyai skuad penuh utama untuk diturunkan dalam perlawanan ini. Dibantu dengan kehadiran lima pemain import serta pemain baru direkrut bagi saingan kelayakan Piala Dunia, Singapura mahu menebus kesilapan dalam kejohanan AFF, tahun lepas dengan menewaskan Malaysia di saingan ini.


Melihat pada senarai penjaga gol yang tersenarai, Singapura dijangka terus menurunkan pemain berpengalaman dari pasukan Home United, Lionel Lewis untuk perlawanan ini. Pemain ini sudah mendapatkan 71 caps untuk pasukan negara dan Avramovic pasti tidak mengambil risiko menurunkan penjaga gol lain di posisi terakhir.


Benteng pertahana Singapura diperkukuhkan dengan kehadiran pemain berasal dari England, Daniel Bennet. Selain menjadi pemain pertahanan, pemain ini sudah merekodkan enam jaringan sepanjang mewakil Singapura dan dia mungkin bakal menjadi senjata berkesan pasukan lawan untuk memerangkap Malaysia dalam situasi bola mati. Bersama Daniel membentuk jaringan pertahanan ialah Juma'at Jantan. Juma'at turut menjadi pemain regular dalam pasukan Singapura dan telah merekodkan banyak caps untuk pasukan ini. Selain itu, dua lagi tempat pertahanan mungkin menjadi milik Shaiful Esah dan Ismail Yunos manakala Hamqamaal Shah dan Afiq Yunos memanaskan bangku simpanan.


Jentera tengah Singapura mempertaruhkan kapten pasukan, Shahril Ishak selaku jeneral. Shahril mempunyai memoir manis kerana sudah dua kali berada dalam pasukan ketika menewaskan Malaysia sejak 2007. Pemain Persib Bandung ini pasti tidak mahu tugasan selaku ketua pasukan negara tercalar andai mengalami kekalahan kepada pasukan Harimau Malaya. Bersama Shahril mengawal posisi tengah ialah tonggak import dari China dan Bosnia. Mustafic Fahrudin dan Shi Jiayi. Mereka bertiga membentuk persefahaman dalam banyak perlawanan dengan pasukan lawan dan sudah merekodkan 18 gol. Satu tempat lagi mungkin menjadi rebutan kepada Isa Halim dan Haris Harun.


Penyerang kelahiran Bosnia, Aleksandar Duric terus diberi tanggungjawab selaku penyerang utama Singapura apabila dia membuktikan usia bukan penghalang untuk merekodkan jaringan. Aleksandar menjadi senjata berbisa tuan rumah untuk menggegar jaring dan selaku prospek utama perlawanan, pemain Singapura dijangka menjadikan Aleksandar selaku "target man" untuk memerangkap barisan pertahanan Malaysia. Bergandingan dengan Aleksandar di posisi serangan, dijangkakan seorang lagi pemain import yang telah diberi taraf kerakyatan, Qiu Li. Pemain ini baru menyertai skuad kebangsaan dan merekodkan dua jaringan. Andai mahukan penyerang anak tempatan, Singapura mempunyai pengempur dari pasukan SAFFC tetapi pemain ini masih gagal merekodkan jaringan ketika diharapkan manakala tiga pemain lagi mungkin tersenarai selaku penyerang simpanan.

Malaysia

Harimau Malaya dikhabarkan sudah bersedia untuk memulakan perjalanan mereka ke pusingan seterusnya. Dua perlawanan persahabatan dengan gergasi England dilalui dengan nota kekalahan tetapi semangat yang ditunjukkan dalam perlawanan tersebut menerima pujian menggunung dari ramai pihak. Kelemahan yang ditampilkan di bahagian bawah dilaporkan sudah diperbaiki manakala kehadiran mereka ke Singapura kali ini adalah untuk memburu kejayaan.


Pada pertemuan ini, posisi penjaga gol menjadi rebutan dua pemain iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Sharbinee Alawee. Khairul Fahmi baru baru ini dikritik hebat para peminat selepas melepaskan tujuh gol dalam dua perlawanan menyebabkan dia menerima tekanan dari penyokong untuk direhatkan buat seketika. Para pendukung Malaysia mahukan Sharbinee menggalas tugas nombor satu sekurang kurangnya untuk perlawanan malam ini. Tetapi segalanya terserah kepada Rajagobal sama ada mengekalkan Apek atau mengantikan dengan Sharbinee.


Andai dinilai pada dua persembahan dengan Arsenal dan Liverpool, posisi pertahanan belum menemukan pemain yang benar mampu menggalas tugas kebal pasukan negara. Walaupun menunjukkan persembahan hebat ketika Piala AFF dan beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa tetapi bila mana bertemu pasukan England, mereka begitu mudah membenarkan pemain lawan membawa masuk kedalam kawasan penalti. Selain itu, pertahanan Malaysia juga mempamerkan rekod buruk bertahan selepas memberikan pasukan yang ditentang lima sepakan penalti dari tiga perlawanan. Namun, empat pemain Malaysia yang diangka diturunkan seperti Aidil Zafuan, Helmi Rameli, Mahali serta Asrarudin pada pertemuan dengan Singapura diharap lebih berhati-hati dengan corak diatas permukaan padang tiruan. Mereka juga perlu mengekang asakan yang bakal dilakukan pemain import pasukan lawan yang dikhabarkan begitu hebat bila bermain bola tinggi.


Untuk kawasan tengah, Safiq Rahim berada pada kemuncak prestasi dengan jaringan demi jaringan buat pasukan negara. Dijangka digandingkan dengan Amar Rohidan selaku pemain kesebelasan utama manakala S. Kunalan menjana serangan dari sebelah kanan dengan Badrol Bakhtiar melakukan gerakan sayap kiri.  Selain empat pemain ini, Amirul Hadi, Ashaari Shamsudin dan Shakir Shaari juga boleh dimasukkan selaku pemain utama andai K. Rajagobal mahukan gerakan lebih efektif dari jentera tengah. Pemain yang baru diserapkan, Ismail Faruqi turut berkemungkinan masuk tetapi dijangka K. rajagobal akan menggunakan pemain regular yang diturunkan dalam perlawanan sebelum ini.


Jentera serangan, Safee Sali turun selaku senjata utama selepas Norshahrul Idlan Talaha dikeluarkan dari skuad ekoran masalah kecederaan. Safee begitu diharapkan mampu melakukan jaringan untuk pasukan negara untuk sekurang-kurangnya mencari bekalan gol di tempat lawan. Pemain ini bagaimanapun harus bermain dengan berhati-hati bagi mengelakkan mengalami kecederaan berulang yang memungkinkan Malaysia menghadapi kesukaran. Walaupun mempunyai penyerang lain seperti Abdul Hadi Yahya dan Ahmad Fakri Saarani serta Izzat Faris, bisa Safee tetap ditagih. DIjangka Safee akan bergandingan dengan Abdul Hadi untuk memecah benteng pasukan The Lions di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Sumber Photo:
J Photography
Shazli Shamsudin Photography
Wikipedia

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

hurairoh said...

kemah. male ni mene 1-0 takpo doh Malaysia.

Aisya Labuan said...

mintak malaysia leh seri ngan singapore pastu kat KL nanti, menang.

Rizki said...

insyaAllah menang Malaysia. Gomo Malaysia Gomo