Scoreboard Stadium Dalam Perbincangan

Menurut maklumat dari sumber RedsfcNews, pemasangan "scoreboard" di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu dalam perbincangan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan para kontraktor.


Dikhabarkan, beberapa kontraktor telah menghantar proposal masing-masing untuk dinilai pihak PSK dan JKR tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana melebihi keperluan asas selain lebih mahal dari jangkaan.

Justeru itu, dua pihak yang bertanggungjawab ini meminta kontraktor tersebut membuat proposal lain dan berdasarkan keperluan sebenar untuk pembinaan papan tanda itu.

Pihak RedsfcNews juga dalam proses mendapatkan maklumat lengkap serta terkini dari pihak PSK berkaitan isu ini dan akan disampaikan dari masa ke semasa kepada semua penyokong bola sepak Kelantan di luar sana.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 ulasan:

Anonymous said...

tu dio. ni baru jolo. ejah cepat sikik, ttp mulut TSAM tu.

Amirul said...

Harap ko demo untuk berita terkini.Isu stadium ni isu lama, psk kerajaan negeri dan kafa kena bincang la molek jgn dok kata mengato usoho stakat buleh ikut kemampuan jgn nok ambik kesempatan atas kelemahan pihak lain. hok peting tak dok agenda peribadi dan politik. Sep kita kalu bersatu molek apa saja masalah buleh selesai. Akhir sekali kebenaran akan akan menang.

Anonymous said...

betul kato amirul tu. agenda politik acu letok ketepi jange dok capor. nt jd borak punoh ranoh la jawaknyo.

Muhamad said...

arap2 bakal jd kenyataan sbb x sedak kelis ore dok baloh dale page. TSAM.