Tiga Pasukan Bersaing Rapat, Siapa Bakal Jadi Pemenang.

Saingan Liga Super disambung kembali selepas 3 minggu berhenti rehat bagi memberi ruang kepada kejohanan antarabangsa yang dilalui pasukan negara.

Menariknya, tiga pasukan bersaing hebat untuk memburu mata penuh seterusnya menjulang kejuaraan liga edisi kelapan.

Persaingan ini nyata mencipta sejarah baru liga paling utama Malaysia setelah tujuh tahun, tiga pasukan besar bersaing sehingga ke penghujung perlawanan untuk merebut mahkota pasukan paling terbaik di negara kita.

Empat pasukan sudah menjulang kejuaraan dan adakah Kelantan serta Terengganu bakal menjadi pasukan kelima membawa pulang piala ke arena mereka atau Selangor meneruskan pengusaan mencatatkan hatrik secara berterusan.

Segalanya terletak pada perlawanan yang akan dilalui malam esok dimana Kelantan, Selangor dan Terengganu akan bertandang ke venue lawan.

Sabah mln Kelantan

Paling menjadi tumpuan ialah pertembungan antara Kelantan melawan Sabah dan Selangor menentang Perak dimana peminat Liga Malaysia pasti ternanti-nanti mampukah dua pasukan ini menamatkan cabaran selaku pasukan tangga teratas setelah dipisahkan dengan dua mata selain Terengganu mengharap keajaiban sekali lagi dengan menewaskan Felda dengan jaringan besar sambil mengharapkan dua pasukan tersebut tewas untuk naik selaku pendahulu pada perlawanan terakhir.


Kelantan hadir ke Kota Kinabalu dengan misi besar untuk mencari tiga mata bagi mengesahkan status selaku juara baru Liga Super. Dijangka satu saingan sengit akan ditunjukkan kedua-dua pasukan. Tentangan Sabah bukan sekadar tentangan untuk menghalang Kelantan muncul juara malahan tentangan yang akan diberikan nanti ialah tentangan dari pasukan yang sedang bergelut menyelamatkan ketua jurulatih mereka dari menerima kritikan.

Berita melegakan kem Sang Kijang, mereka menerima kembali lima tonggak utama yang bermain dengan skuad Kebangsaan. Kesemua tonggak ini dilaporkan cergas dan sudah bersiap sedia bersama 18 pemain lain turun di Stadium Likas, malam esok.

Namun begitu, Kelantan turut dikhabarkan kehilangan khidmat penjaring gol tunggal Sang Kijang dalam perlawanan akhir Piala FA, Nurul Azwan Roya selepas menjalani pengantungan satu perlawanan hasil kutipan tiga kad kuning.

Tetapi, pasukan Kelantan tidak ketandusan pemain kerana terdapat beberapa pemain boleh diharapkan untuk masuk selaku pemain di posisi sayap kanan seandainya benar Nurul Azwan digantung perlawanan untuk perlawanan dengan Sabah.

Yang perlu ditekankan pihak kejurulatihan ialah mengukuhkan benteng pertahanan dan meminimakan kesilapan di bahagian tengah untuk membantu penjaga gol mempertahankan pintu gawang dari dibolosi pihak lawan. Sabah berkeupayaan menjaringkan gol jika beraksi di laman mereka dan mereka mungkin akan meneruskan rekod tersebut.

Selain itu, Sabah yang sudah mengesahkan tempat mereka dalam Liga Super 2012 tentu mahu menamatkan saingan dengan noktah bergaya. Tidak mungkin mereka akan mengecewakan penyokong setia mereka yang senantiasa memberi sokongan padu di gelanggang sendiri.

Rekod terbaru mereka keatas The Red Warriors juga cemerlang kerana mereka mampu mengikat pasukan Pantai Timur tanpa jaringan di Kota Bharu. Dibarisi pemain berpengalaman dan muda termasuk jurulatih yang bercita-cita tinggi, tidak ada sebab mereka mahu melepaskan mata dengan mudah kepada pasukan dari negeri Cik Siti Wan Kembang,

Jangkaan: Keputusan yang diharapkan dari Sabah bagi Kelantan ialah minimanya mencatatkan pungutan satu mata manakala Sabah enggan turun sia-sia tanpa mendapat sesuatu. Kemungkinan kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri.

Perak mln Selangor.

Selangor menyedari kegagalan memungut tiga mata penuh meranapkan impian besar mereka untuk menjadi pasukan pertama muncul juara buat tiga tahun berturut-turut.


Namun, saingan Perak Sang Seladang tidak harus sama sekali mereka pandang remeh kerana pasukan lawan dari Utara itu juga sedang merebut tempat menjadi lima pasukan terbaik pada tahun 2011.

Bagi K. Devan, satu kesilapan bakal mengundang kekecewaan berterusan dan dia selaku jurulatih sudah tentu ingin menyaksikan sekali lagi pasukan asuhannya menjadi pasukan pertama di kedudukan terakhir liga.

Mahu tidak, Devan perlu mengarahkan setiap pemain memberikan persembahan bagaikan bermain di pentas akhir ketika berkunjung ke Ipoh serta mengharapkan pemain Seladang tidak tampil hebat ketika beraksi didepan penyokong mereka sendiri.

Selangor turut mahukan pemain senior seperti Amri Yah Yah, P. Gunalan dan Khairul Anuar Baharom memberikan aksi cemerlang serta mengharapkan beberapa tonggak muda mencuba untuk menembusi benteng pasukan Perak.

Bagi Perak, kekecewaan tumpas tipis kepada Selangor di Shah Alam tentu ingin mereka tebus di hadapan penyokong setia mereka.

Norizan Bakar dikatakan sudah menyiapkan ramuan gemilang untuk menyekat pasukan Gergasi Merah dari bermaharajalela di Stadium Ipoh.

Khabarnya, beberapa pemain tonggak sebelum ini sudah menyatakan kesediaan untuk memberi satu aksi bergaya sebagai hadiah kepada penyokong yang sentiasa bertandang ke gelanggang pertarungan.

Akmal Rizal, Shahrul Nizam Mustapha bersama delegasi muda dan berpengalaman luas bakal memberi kesusahan kepada pemain Selangor di kubu kuat mereka nanti.

Jangkaan: Perak begitu ampuh di gelanggang sendiri tetapi kadangkala gagal mengambil kesempatan terhadap kelemahan pihak lawan, berlainan di pihak Selangor kerana "Red Giants" sudah membuktikan bahawa mereka lebih cemerlang beraksi di kandang lawan. Kemungkinan besar Perak akan menewaskan Selangor jika mereka dapat memberikan aksi seperti mana mereka lakukan ketika menang keatas Kelantan dan Terengganu.

Felda United mln Terengganu.

Status Terengganu selaku juara baru Piala FA tentu menggerunkan barisan "Budak Felda" di Stadium MBPJ.


Pasukan muda yang direkrut dari beberapa pemain buangan akhirnya menunjukkan belang selaku kuasa baru Liga Malaysia selepas beberapa tahun hanya mampu menjadi pencabar terdekat namun tersungkur di penghujung saingan.

Kini, Terengganu sudah membuktikan status elit mereka dan perlawanan terakhir yang akan mereka hadapi dengan Felda perlu disudahi dengan tiga mata penuh terakhir walaupun sedar kejayaan "double" yang mereka impikan bagaikan telur di hujung tanduk.

Terengganu perlu menewaskan Felda dengan enam jaringan sambil mengharapkan dua pasukan teratas tewas perlawanan terakhir tanpa jaringan kepada lawan masing-masing.

Namun persoalannya, adakah Felda yang turut sudah mengesahkan tempat mereka di kancah tertinggi pada tahun hadapan rela tewas dengan jaringan besar pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri, dihadapan penyokong mereka sendiri.

Sudah tentu jika difikirkan keadaan profesional mereka tidak ingin sama sekali dimalukan dengan jaringan besar kepada lawan pada perlawanan terakhir. Status selaku juara Liga Perdana tahun dahulu perlu mereka pertahankan walaupun sesukar mana cabaran dari pasukan gegarsi.

Dikhabarkan dari kem Terengganu, Irfan Bakti tetap optimis dengan kejuaraan Lia Super dan mahu para pemain menunjukkan satu saingan sihat hingga ke minit akhir permainan. Turut menerima kembali khidmat beberapa pemain kebangsaan, Terengganu tentu kecewa kerana Helmi Rameli bakal disisihkan ekoran kecederaan ketika mewakil pasukan negara.

Tetapi, dengan barisan sedia ada termasuklah beberapa pemain gantian yang mampu memikul tugas getir saat diperlukan, Irfan bakal menyenaraikan beberapa pemain simpanan dalam pasukan utama untuk mengejutkan Felda.

Untuk Kem Felda, Liga musim 2011 sudah tentu mahu dihabisi dengan tekad mata penuh kerana musim 2012 belum menjanjikan sesuatu yang indah untuk dimiliki. Persaingan dengan Terengganu memungut tiga mata akhir harus mereka perjuangkan walaupun sudah memiliki kedudukan selamat dalam kancah liga. 

Tonggak utama seperti Azrul Ahmad dan Liew Kit Kong diharap dapat tampil mengejutkan pasukan Penyu selain kelibat pemain harapan lain untuk gah di penghujung saingan. Aksi ala yo-yo sepanjang saingan Liga perlu diakhiri dengan penamat cemerlang tiga mata penuh di tempat sendiri.

Jangkaan: Berdasarkan kekuatan semasa dan pemain sedia ada, Terengganu berpeluang cerah untuk pungutan tiga mata penuh kerana Felda United bukan lawan sebenar yang mampu menyekat pasukan Peteh dari kejayaan terakhir. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 ulasan:

Aziz said...

Kelate juaro, selangor no3, ganu naik no2. kuaso bola sepak pata timur.

Anonymous said...

mne game ni. sak usim.

p/s: Reds xg ko KK. wak liputan.

Anonymous said...

jange lipak woh ngelag sudoh la.

Muhamad said...

kawe harap Kelate buleh muncul juara dengan nota kemenangan perlawanan terakhir. xse berharap kepada team ore...