Undian: Penyokong Setuju KAFA Rekrut Pemain Bintang.

Penyokong Kelantan setuju The Red Warriors merekrut pemain bintang dalam saingan Liga Malaysia 2012.


Turun musim depan selaku juara Piala Sumbangsih, Piala Liga Super dan bermain dalam Kejohanan Piala AFC, rata-rata penyokong mahukan Sang Kijang mendapatkan beberapa pemain bintang untuk diserapkan kedalam kesebelasan utama pasukan.

Melihat pada undian yang dijalankan RedsfcNews sejak dua minggu lalu, 400 responden telah mengundi dan seramai 60% memilih untuk melihat pemain bintang berada dalam pasukan Kelantan.

Hanya 14% sahaja tidak setuju dengan tindakan mengambil pemain bintang pasukan lain kerana bagi mereka pasukan ketika ini sudah memiliki cukup kualiti untuk menjadi Gergasi dalam saingan bola sepak tempatan dan Asia.

Selain itu, 21% pula menyatakan mereka tidak kisah KAFA merekrut atau tidak pemain ternama dalam pasukan Kelantan kerana paling utama, pasukan kesayangan mereka dapat menang perlawanan dan menjulang seberapa kejuaraan yang termampu. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: