Video dan Laporan: Pilihan Malaysia Beri Tentangan Sengit.

Skuad Pilihan Malaysia memberikan tentangan sengit sebelum kecundang 0-1 kepada Chelsea dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Gol jaringan Didier Drogba pada minit ke-80 memisahkan kedua-dua pasukan yang bertanding.

Permulaan babak menyerlahkan penguasaan penuh pasukan dari England tersebut apabila banyak melakukan serangan kearah pintu gol Malaysia melalui rangkaian Frank Lampard, Fernando Torres dan Yossi Benayoun.

Seawal minit ke-2, Chelsea menguji gawang Malaysia melalui cubaan jarak dekat Fernando Torres selepas menerima hantaran baik dari kawasan tengah tetapi Farizal Marlias lebih pantas menampan dengan kaki cubaan pemain ini.

Chelsea terus mengganas dan pada minit ke-17, Frank Lampard pula menerima peluang hasil kesilapan Norhafiz Zamani Misbah namun sepakan ketua pasukan The Blues tersasar.

Malaysia pula melakukan cubaan pertama melalui Wan Zack Haikal pada minit ke-27 tetapi penjaga garisan terlebih dahulu mengesan pemain ini dalam kedudukan offside.

Selepas itu, Chelsea mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluan namun kebanyakan cubaan mereka melalui Lampard, Torres dan sepakan percuma Salomon Kalou tersasar jauh.


Pada minit ke-42, Salomon Kalou melepasi perangkap offside tetapi hantaran ke tengah gagal disudahkan Lampard kedalam gawang terbuka walaupun Farizal Marlias dan pertahanan Malaysia sudah tertewas.

Pada minit akhir separuh masa, Farizal bertindak cemerlang dengan aksi menyelamat kemas seterusnya menggagalkan usaha Chelsea membawa bekalan satu gol untuk babak kedua.

Bersambung babak, Chelsea yang melakukan pertukaran hampir kesemua pemain hampir didepan selepas John Obi Mikel melakukan sepakan "half volley" dari luar kotak penalti tetapi sedikit keluar dari pintu gol Malaysia.

Selepas itu, kedua-dua pasukan saling mengasak kearah pintu gol masing-masing tetapi kesemuanya berjaya diselamatkan pemain pertahanan selain kekentalan penjaga gol.

Wan Zaharul Nizam yang baru dimasukkan pula melakukan gelecekan menarik kedalam kawasan Chelsea tetapi John Terry pantas memintas untuk menyelamatkan keadaan pada minit ke-62.

Berselang enam minit, gerakan satu dua Irfan Fazail bersama Syahrul Azwari disudahkan dengan ledakan sedikit tinggi dari pintu gol Chelsea.


Minit 70, hasil satu sepakan percuma, John Terry melonjak tinggi menanduk kearah pintu gol Malaysia tetapi turut tersasar.

Seminit kemudian, Daniel Sturridge mendapat peluang terbuka didepan gawang Malaysia tetapi sepakan pemain ini dikuis keluar Farizal Marlias.

Malaysia pula melepaskan peluang terbaik selepas Irfan Fazail gagak memanfaatkan kesilapan Paolo Ferreira pada minit ke-74.

Chelsea akhirnya menjaringkan gol pendahuluan melalui Didier Drogba pada minit ke-80 selepas penyerang antarabangsa Ivory Coast ini melakukan sepakan percuma kencang dari sebelah kiri pintu gol menewaskan penjaga gol gantian Malaysia, Izham Tarmizi.

Tidak lama selepas itu, A. Tamil Arasu mendapat satu hantaran cantik dari Wan Zaharul Nizam tetapi pemain ini gagal menyempurnakan kedalam jaring walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol pasukan Chelsea.

Minit-minit akhir perlawanan, Chelsea dilihat banyak bertahan selepas diasak berterusan pemain Malaysia dan selepas tambahan masa tiga minit, pengadil perlawanan, Subkhiddin Mohd Salleh membunyikan wisel penamat perlawanan.

Kesebelasan Utama

MALAYSIA :
Farizal Marlias (Gk), Daudsu, S. Subramaniam, Zubir Azmi, Norhafiz Zamani Misbah (Kp), Shahrulnizam Mustapa, Badri Radzi, Hairuddin Omar, Joseph Kalang Tie, Wan Zack Haikal dan Amri Yahyah.

CHELSEA:
Hilario (Gk), Branislav Ivanovic, Frank Lampard (Kp), Fernando Torres, Yossi Benayoun, Florent Malouda,  Jose Bosingwa, Salomon Kalou, Ryan Bertrand, Josh McEachran dan Slobodan Rajkovic.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

Anonymous said...

nasib jah menenyo...

kili said...

tahniah pilihan Malaysia terutamanya Subra.

hurairoh said...

kalu malaysia kaloh ko singapore male ni. ambik skuad lawe chelsea plok wakil malaysia.