Badrol Ke Wigan?


Satu kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia jika benar Wigan mahu mengambil Badrol Baktiar selaku pemain mereka.


Laporan yang dikeluarkan di laman web EyeFootball semakin terserlah kebenaran selepas laman kelab peminat tidak rasmi The Latics turut mengutarakan berita sama.

Menurut laporan dari Vitalfootball, Wigan menawarkan tempoh percubaan kepada Badrol untuk menjadi pemain rasmi kelab yang berpengkalan di Greater Manchester.

Kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris ini dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Badrol dalam usaha mereka memperkukuhkan jenama Wigan di pasaran Malaysia.

Badrol merupakan salah seorang pemain utama skuad negara tetapi tidak mendapat tempat ketika tewas kepada Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Dia mendapat 11 caps bersama Malaysia dengan menjaringkan tiga gol.

Badrol saat ini menjadi pemain Kedah masih belum mengesahkan secara rasmi tawaran yang dikemukakan oleh Wigan tetapi tidak menolak kemungkinan untuk mencuba nasib disana jika diberi peluang. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: