Analisis Perlawanan: Selangor 0-1 Kelantan.


Analisis Separuh Masa Pertama.

Kelantan menguasai sepenuhnya awal perlawanan dengan melakukan beberapa serangan cantik tetapi pertahanan Selangor pantas menyelamatkan keadaan. Sehinggalah minit ke-29, Badri Radzi melakukan satu hantaran cantik untuk disudahkan Azamudin Akil. Selepas jaringan tersebut Kelantan berterusan mengatur gerakan namun gagal membolosi gawang Selangor. Pada babak akhir separuh masa, Selangor bertindak melakukan serangan dan kemasukan Amirul Hadi Hampir memberi jaringan penyamaan pada minit akhir tetapi tandukan pemain ini sedikit tingi walaupun Shahrizan Sudah pn tertewas.

Analisis Separuh Masa Kedua.
Selangor mempamerkan penguasaan penuh dalam separuh masa kedua.. melakukan hampir 10 percubaan bahaya.. berjaya diselamatkan Mohd Shahrizan serta kekentalan pertahanan dari Subramaniam... 5 minit pertama menyaksikan 2 percubaan Selangor melalui Amirul Hadi dan Fitri Syazwan. Mat Chah menyelamatkan 1 by1.. Sehinggalah minit ke-60, TRW melakukan satu atau dua serangan tetapi berjaya dipatahkan.. Pemain Kelantan turut gagal menyerang ke kubu Selangor tetapi satu pujian untuk pertahanan setelah melakukan dua atau tiga aksi menyelamat.. Peluang Kelantan menjaringkan gol pada minit ke-88 gagal digunakan Nidzad apabila menyepak tinggi walau mempunyai ruang cukup cantik selepas percubaan awal Aris Zaidi diselamatkan pertahanan Selangor.. Selangor pula harus menyalahkan diri sendiri kerana beberpa percubaan mereka terkena palang gol...
Statistik Perlawanan.

Gol
Selangor 0-1 Kelantan

Percubaan
Selangor 18-14 Kelantan

Sepakan Sudut
Selangor 5-3 Kelantan
Offside
Selangor 3-2 Kelantan
Kad Kuning/Merah
Selangor 0/0-1/0 Kelantan

Posisi Bola (%)
Selangor 55-45 Kelantan

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: