Belum Cukup Kuat.


Tiga kemenangan dalam tiga perlawanan persiapan di Lembah Klang belum cukup buat Kelantan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia 2011.


Masih banyak kelemahan yang ditunjukkan oleh pemain The Red Warriors ketika menentang KL, Selangor dan PDRM.

Nyata Datuk M. Karathu perlu membuat banyak lagi kajian untuk menambah baik pasukan Kelantan agar kejuaraan yang dipegang dapat terus dipertahankan di bumi Cik Siti Wan Kembang.

Berdasarkan tiga perlawanan yang dilalui, kelemahan ketara yang ditunjukkan semua pemain yang diturunkan ialah kekurangan mental dan lambat panas menyebabkan seringkali tertekan ketika menerima asakan pasukan lawan.

Perlawanan pertama dengan Kuala Lumpur, Sang Kijang menjaringkan lima gol tetapi kehilangan idea seketika menyebabkan skuad ibu kota dapat melancarkan banyak serangan balas ke arah pintu gol Kelantan.

Begitu juga dengan perlawanan menentang Selangor, walaupun menurunkan pemain utama, mereka bagaikan kehilangan rentak pada babak kedua memaksa semua pemain turun bertahan dengan kelebihan satu gol.

Aksi terakhir melawan PDRM, barisan pemain simpanan Kelantan hanya mengharapkan kehebatan penjaga gol dan kekentalan pertahanan serta jaringan babak pertama sebelum mencatatkan kemenangan.

Tiga perlawanan yang dihadapi bukan penanda aras selesa buat The Red Warriors. Kemenangan yang dicatatkan tidak menyeluruh dan jika aksi seperti itu ditunjukkan semasa perhitungan sebenar, mereka bakal pulang awal.

Justeru itu, tercapai sudah target pihak pengurusan mengadakan perlawanan persahabatan untuk mengukur sejauh mana kekuatan Kelantan dan kita harap mereka dapat melakukan "post mortem" untuk mencari seberapa banyak kelemahan untuk diperbaiki.

Selebihnya, para pemain sendiri harus meningkatkan tahap prestasi dengan memantapkan kecergasan serta menguatkan mental untuk bersaing di peringkat kompetetif nanti. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: