Shahrizan Bukti Masih Berbisa.


Mohd Shahrizan Ismail membuktikan status antara penjaga gol terbaik yang pernah dikeluarkan Kelantan apabila menampilkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan.


Walaupun berehat panjang di bangku simpanan dibayangi kelibat Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol berpengalaman ini tetap memberikan aksi menyakinkan sewaktu diturunkan.

Lima perlawanan terakhir dengan Kelantan tidak dibolosi sebarang gol menunjukkan betapa bisa pemain ini masih mampu membantu Sang Kijang.

Shahrizan bukan nama asing dalam liga bola sepak tempatan ketika menyaksikan kemunculan pemain ini dengan skuad Kelantan pada tahun 1998.

Dia seorang pemain yang hebat dan tahan lasak selain kerap kali muncul penyelamat pasukan ketika harapan tidak diberikan, kata peminat setia The Red Warriors.

Memulakan karier dengan skuad simpanan sebelum menjadi profesional dengan TNB Kelantan, Shahrizan mencatatkan pencapaian terbaik ketika membantu Selangor muncul juara dalam beberapa kejohanan selama tiga tahun menabur bakti disana.

Dua tahun mewakil Terengganu, dia kembali dipanggil menyertai Sang Kijang pada tahun 2008 tetapi mengalami kekecewaan setahun selepas itu ekoran kekalahan penalti kepada Selangor dalam penentuan akhir Piala FA.

Selepas dua tahun, Shahrizan kini kembali mendapat tempat dalam skuad Kelantan untuk saingan Piala Malaysia 2011 selepas Khairul Fahmi tidak dapat beraksi kerana mewakili pasukan Olimpik Malaysia.

Genap 32 tahun pada bulan November nanti, diharapkan dia dapat menunjukkan aksi terbaik untuk membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun lalu. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

Anonymous said...

kemah mat chah. dio meme terbaik. antara legend walau masih mudo..

ejad said...

keeper ni makin tua,makin mantap prestasi..harap mat chah menunjukkan prestasi terbaik di Piala Malaysia nanti...GKG!

Anonymous said...

SEJUJURNYA KAWE LEBH KONFIDEN JIKA MAT CAH JADI KEEPER...BUKAN MENIDAKKAN KEUPAYAAN APEK...KALU MAT CAH BERADA D PASUKAN LAIN..DAH TENTU KEPER UTAMA..