Gergasi Merah Lawan Sebenar Kelantan.


Selepas garang membelasah Kuala Lumpur, perlawanan persahabatan Lembah Klang diteruskan dengan menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Rabu depan.


Lulus ujian pertama tidak bermakna laluan mudah kepada pasukan Kelantan.

Gergasi Merah Kuning mengharapkan keputusan memihak kepada mereka dalam kejohanan Piala Malaysia musim ini dengan mempersiapkan pasukan ke tahap terbaik apabila melakukan hampir 10 perlawanan persahabatan.

Malah, kejayaan bermakna mereka menewaskan pasukan Kebangsaan minggu lalu menjadi petanda awal Merah Kuning mahukan sesuatu dalam perlawanan persahabatan yang diatur nanti.

Walaupun berstatus "friendly', mereka tentu mahukan keputusan positif dapat mereka catatkan keatas The Red Warriors selepas 2 tahun gagal menewaskan pasukan dari Pantai Timur tersebut.

Biarpun tidak menjanjikan sebarang hadiah, perlawanan ini dilihat penting bagi kedua-dua pasukan untuk mengkaji kelemahan pasukan masing-masing sebelum sepak mula selepas Aidilifitri ini.

Justeru itu, Kelantan harus bersedia di tahap maksima bagi mengelakkan dimalukan Selangor.

Memang kemenangan tidak menjadi keutamaan tetapi sekurang-kurangnya satu persembahan menarik dapat ditunjukkan bagi menyakinkan peminat bahawa Kelantan benar-benar di sudah bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia buat tahun kedua berturut-turut. -RedsfcNews-


Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: