Sentuhan Cemerlang Azamudin, Surendran.

Dua pemain pinjaman The Red Warriors dari Pahang, Azamuddin Mohd Akil dan R. Surendran bermula cemerlang apabila masing-masing menjaringkan satu gol ketika membantu Kelantan membelasah Kuala Lumpur, malam tadi.


Azamuddin yang bermula di kesebelasan utama bukan sahaja menjaringkan gol kedua Kelantan malahan melakukan beberapa gerakan dan sentuhan berbisa dihadapan gol Kuala Lumpur bersama Norshahrul Idlan Talaha.

Begitu juga dengan R. Surendran yang dimasukkan pada babak kedua, dia berjaya melakukan beberapa gerakan cemerlang dengan pemain Kelantan lain sebelum meledak gol kelima Sang Kijang pada minit akhir perlawanan.

Paling membanggakan, dua penyerang ini menampilkan keserasian dengan pemain lain termasuklah berjaya mengikuti arahan yang telah diberikan oleh ketua jurulatih.

Ternyata dua pemain yang direkrut sempena Piala Malaysia berjaya menyempurnakan tugasan pertama yang telah diberikan kepada mereka.

Selepas ini, Kelantan akan bertandang ke Shah Alam untuk melawan Selangor sebelum menamatkan siri perlawanan persahabatan menentang PDRM.

Kita harapkan dalam dua perlawanan yang berbaki dapat digunakan sebaik mungkin oleh Azamuddin dan Surendran untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik bersama pemain Kelantan yang lain. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: