Jadual Perlawanan Piala Malaysia Kelantan 2011.

The Red Warriors turun selaku juara bertahan Piala Malaysia dengan undian selesa setelah diletakkan sekumpulan dengan Johor FC, Felda United dan naib juara Liga Perdana, Sarawak.


Berdasarkan prestasi semasa, Kelantan dilihat tidak menghadapi masalah untuk berada dalam kalangan dua pasukan teratas kumpulan seterusnya layak ke pusingan suku akhir.

Sang Kijang mempunyai rekod baik keatas dua pasukan kelab tetapi masih belum mengetahui akan kekuatan lawan dari Borneo, Sarawak.

Perlawanan pertama bermula pada 6 September dan aksi terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung pada  27 September 2011.

Berikut adalah jadual penuh melibatkan pasukan Kelantan sepanjang saingan Piala Malaysia 2011 yang akan bermula pada 6 September.

Pusingan Pertama

  • 6 September : Sarawak vs Kelantan 
  • Stadium Kuching, 8.15 malam 
  • 10 September : Kelantan vs Felda United 
  • Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, 8.45 malam 
  • 13 September : Johor FC vs Kelantan 
  • Stadium J'Corp, 8.45 malam 

Pusingan Kedua

  • 17 September : Kelantan vs Sarawak 
  • Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, 8.45 malam 
  • 24 September : Felda United vs Kelantan 
  • Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, 8.45 malam 
  • 27 September : Kelantan vs Johor FC 
  • Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, 8.45 malam

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

4 ulasan:

Moderator said...

GKG!

Anonymous said...

kemas..konfom juaro kumpule doh kito..

Anonymous said...

insyaAllah sek kito.

Anonymous said...

Banyak pihak tidak memberi harapan tinggi kepada skuad TRW tahun ini,lantaran pasukan tidak dianggotai oleh pemain bintang.Kalau tergolong dalam kolompok 5 terbaik sudahpun dianggap berjaya.

Namaun TRW menyangkal semua telahan itu dengan mengunguli carta Liga Super negara. TRW dinobat sebagai Juara.

Kecemerlangan ini adalah kerana komitmen tinggi para pemain yang mereka terjemahkan ditengah padang.

Mereka bersungguh.Bermain dengan sepenuh hati.Sikap melawan yang tinggi dan lebih dari itu semangat sayangkan pasukan dan negeri mengatasi kepentingan peribadi. Inilah ramuan kejayaan yang mereka gapai tanpa kehadiran ramai bintang.

Tidak mustahil tahun ini TRW dapat pertahankan lagi kejuaran Piala Malaysia dengan membuang segala ego dan perasaan besar diri.

Hadapilah setiap perlawanan dengan menganggap semua pasukan adalah setara.Jangan pandang rendah pasukan yang pernah ditewaskan.

Pendatang baharu Sarawak perlu diawasi.Turun bertemu mereka tanpa persiapan mental boleh menatijahkan keputusan seperti TRW bertemu dengan Sabah di sini tempohari.Kelantan terkial-kial mencari gol.

Selamat maju jaya buat pasukan kesayangan.
Di belakang ribuan tangan mendoakan kejayaan.