Piala Malaysia 2011: Kelantan Dalam Kumpulan C.

Juara Liga Super, Kelantan diundi dalam kumpulan C untuk saingan Piala Malaysia 2011.


Undian yang dijalankan FAM petang tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan Kelantan yang juga juara bertahan Piala Malaysia menerima undian pertama diletakkan dalam kumpulan C bersama dengan Johor FC, Felda United dan Sarawak.

Sementara itu, kumpulan A pula mempertaruhkan empat pasukan negeri beraksi sesama mereka merebut dua tempat ke suka khir iaitu Kedah, Perak, Sabah dan Johor.

Untuk kumpulan B, Terengganu selaku juara Piala FA menerima undian sukar apabila diletakkan bersama dengan juara Liga Perdana, PKNS Selangor, Negeri Sembilan dan Sime Darby FC.

Dalam kumpulan D, Selangor pula bakal menerima saingan sengit dari T-Team dan Kuala Lumpur manakala PDRM menjadi underdog dalam kumpulan ini. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: