Kelantan mendapat laluan mudah untuk layak ke saingan kalah mati Piala Malaysia 2011.
Berdasarkan undian yang dilakukan petang tadi, Sang Kijang diundi dalam kumpulan C bersama dengan Johor FC, Felda United dan pendatang baru Liga Super 2012, Sarawak.
Melihat pada situasi semasa, Kelantan tidak menghadapi masalah melepasi peringkat kumpulan setelah dua lawan yang akan ditemui nanti telah mereka tewaskan sepanjang saingan Piala FA dan Liga Super.
Johor FC telah mereka kecewakan pada pusingan kedua Piala FA dan pertemuan liga turut dimenangi Kelantan sama ada di Kota Bharu ataupun di Pasir Gudang.
Begitu juga dengan Felda, The Red Warriors menang kesemua empat perlawanan dengan pasukan berpangkalan di Kuala Lumpur ini sepanjang saingan Liga Malaysia 2011.
Hanya Sarawak masih belum ditemui Kelantan dan mereka perlu berhati-hati dengan lawan dari Borneo tersebut yang berstatus Naib Juara Liga Perdana selain bukan calang-calang pasukan yang mampu ditewaskan. -RedsfcNews-
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 ulasan:
Atas kertas memang Kelantan tampak mudah melepasi pusingan awal. Dengan mengambil mudah dua pasukan yang pernah dibelasah,memungkinkan perhitungan itu akan memakan diri.
Felda United dan Johor FC tidak akan menjadi mereka mangsa Kelantan lagi. Mereka akan bersungguh,mencari apa jua kelemahan untuk dimanfatkan.Jesteru, awas Kelantan kerana sesungguhnya Si Buta tidak akan masuk lubang untuk kedua kalinya !
betuuuul tu..awas klatang..kamik tuuungguuu
pengalaman tahun lalu TRW terpaksa berhempas pulas utk ke suku akhir ketika lawan pasukan yg lemah spt KL PLUS...hrp thn ni x berulang lg..
jgn terlalu overkonfiden,nanti melepas lg,yg penting tingkatkan performance pasuke,
Post a Comment