Kelantan Hilang Pemain Tonggak.

Saingan Piala Malaysia 2011 tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dibuka tirai secara rasminya. Rata-rata pasukan yang bertanding sudah bersiap sedia untuk turun perlawanan pertama.


Tidak terkecuali Kelantan, persiapan pasukan terhenti seketika kerana para pemain sedang bercuti Aidilfitri sebelum kembali berkumpul menyambung sesi latihan seterusnya bertolak ke Kuching dengan misi utama memungut tiga mata penuh pertama.

Disebalik persiapan lancar bagi Datuk M. Karathu, beliau bakal kehilangan beberapa pemain utama termasuklah tiga penjaga gol ekoran masalah kecederaan dan tugasan antarabangsa.

Halim Napi dan Norhadi Ubaidillah ketika ini dikhabarkan mengalami kecederaan serius manakala Khairul Fahmi Che Mat serta pemain sayap, Mohd Izuan Salahudin tidak mendapat pelepasan FAM untuk mengisi kembali posisi utama yang ditinggalkan.

Selain itu, ketua jurulatih Sang Kijang turut tidak dapat menurunkan penyerang pinjaman dari Pahang, R. Surendran serta Zairul Fitree (pertahanan) kerana kecederaan panjang.

Namun, untuk mengisi tugasan penjaga gol gantian dibelakang Shahrizan Ismail, pemain dari President Warriors, Mohamad Syazwan boleh diberi peluang untuk diserap kedalam skuad utama.

Syazwan sudah menunjukkan kredibiliti antara bakat muda terbaru dari akademi The Red Warriors selain membantu skuad Piala Presiden Kelantan muncul juara kejohanan Liga Simpanan, baru-baru ini.

Begitu juga dengan posisi serangan, ketiadaan Surendran tidak menjadi masalah berat kerana Kelantan mempunyai Aris Zaidi selaku penyerang gantian seandainya Nidzad Ayub dan Ramzul Zahini tidak diberikan harapan menyarung jersi.

Selebihnya, harapan tergalas di bahu kesemua pemain utama yang cergas untuk mempamerkan persembahan terbaik menuju impian mempertahankan kejuaraan Piala buat tahun kedua berturut-turut. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: