Apek Tak Dapat Pelepasan, Keeper Presiden Jadi Alternatif.

Permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menggunakan khidmat Khairul Fahmi Che Mat dalam saingan Piala Malaysia 2011 tidak kesampaian selepas ketua jurulatih skuad Olimpik Malaysia enggan melepaskan pemain ini.


Menurut laporan BERNAMA, Ong Kim Swee enggan membenarkan penjaga gol tersebut mewakili Kelantan kerana Malaysia mempunyai misi jauh lebih penting.

Ternyata rayuan KAFA tidak dapat ditunaikan disebabkan pasukan negara memerlukan "Apek" selaku penjaga gol yang juga ketua pasukan untuk mengharungi saingan kelayakan Olimpik menentang Jepun 21 September nanti.

Jurulatih Malaysia tersebut bertegas tidak akan melepaskan Khairul Fahmi walaupun memahami kedudukan Kelantan kekurangan penjaga gol selepas Halim Napi dan Norhadi Ubaidillah dilaporkan terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan serius.

Jalan alternatif yang perlu dilakukan Kelantan untuk mengisi kekosongan posisi ialah memanggil penjaga gol simpanan dari skuad President Warriors seperti Mohamad Syazwan dan Judtanna Eh Put sebagai "backup" kepada Shahrizan Ismail.

Sempena Piala Malaysia, Kelantan diundi dalam kumpulan C dan akan membuka tirai kejohanan menentang Sarawak di Stadium Kuching pada 6 September ini. -RedsfcNews-

Sumber: BERNAMA.
Edit: RedsfcNews


Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: