Kelantan Terus Catat Kemenangan.

Kelantan meneruskan kecemerlangan dalam perlawanan persahabatan kedua apabila menundukkan Selangor 1-0 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.


Azamuddin Akil menjadi pemusnah apabila jaringan pemain ini pada minit ke-29 membuatkan tuan rumah menggigit jari.

Permulaan babak pertama menunjukkan penguasaan penuh The Red Warriors dengan serangan bertali arus memaksa benteng Selangor yang diketuai Razman Roslan terpaksa bertungkus lumus.

Minit ke-14, percubaan Badri Radzi diselamatkan Iqbal Suhaimi.

Percubaan S. Chanturu pada minit ke-23 pula lemah ke dakapan penjaga gol Selangor.

Selangor turut tidak ketinggalan mengatur gerakan pada minit ke-26 tetapi S. Subramaniam dan Rizal Fahmi bertindak baik memerangkap Fitri Syazwan dengan offside.

Sehinggalah pada minit ke-29, Mohd Badri Radzi melakukan hantaran cantik kepada Azamudin didalam kawasan penalti memberikan penyerang Kelantan satu ruang cukup luas untuk meledak menewaskan Iqbal Suhaimi.

Seminit kemudian, Rudie Ramli hampir menyamakan kedudukan tetapi Mohd Shahrizan bersedia mempertahankan pintu gol.

Bagi memperkemaskan jentera serangan, Amirul Hadi dibawa masuk K. Devan dan ternyata Amirul memberi impak segera dengan satu tandukan sedikit melewati palang gol ketika Shahrizan sudah tertewas pada minit terakhir babak pertama.

Melangkah ke babak kedua, Kelantan terpaksa melakukan pertukaran selepas Rizal Fahmi mengalami kecederaan hamstring. Kemasukan Nik Shahrul Azim membuatkan pertahanan Kelantan sedikit kelam kabut.


Selangor menggunakan kesempatan itu dengan dua percubaan terbuka didepan gawang tetapi berjaya diselamatkan Mohd Shahrizan Ismail.

Selepas itu, Selangor jelas menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus kearah kubu pasukan Kelantan menyebabkan pemain Sang Kijang terpaksa berkampung di kawasan sendiri.

Kehilangan sentuhan penyerang dan pemain tengah memaksa Karathu mengeluarkan Azamuddin dan Solehin mengantikan mereka dengan Nidzad Ayub dan R. Surendran.

Tetapi, dua pemain ini gagal membantu jentera serangan Kelantan seterusnya mengakibatkan Selangor terus bermaharajalela menyerang kubu pasukan Kelantan.

Percubaan Amirul Hadi pada minit ke-75 diselamatkan Shahrizan Ismail manakala gerakan yang dilakukan jentera serangan Selangor selepas itu turut berjaya dikekang barisan pertahanan pelawat.

Minit ke-83, cubaan Nidzad Ayub mudah diselesaikan Iqbal.

Tiga minit selepas itu, Selangor hampir menyamakan kedudukan melalui tandukan Asrarudin Putra Omar tetapi palang gol menjadi penghalang.


Ketika Selangor rancak menyerang, Kelantan hampir mengandakan gol pada minit ke-89 melalui Aris Zaidi tetapi sepakan penyerang muda Kelantan ditampan Iqbal sebelum sepakan susulan Nidzad Ayub melambung tinggi walau tidak dicabar.

Percubaan Kelantan tidak mengentarkan Selangor apabila mereka pantas mengatur serangan balas melalui Amri Yah Yah tetapi S.Subramaniam lebih pantas menyelamatkan pintu gol Sang Kijang.

Tambahan masa dua minit yang diberikan tetap gagal digunakan Selangor mencari gol penyamaan seterusnya memberikan The Red Warriors kemenangan kedua dalam siri perlawaan persahabatan Lembah Klang.

Kesebelasan Utama:

Selangor: K. Devan
Iqbal Suhaimi (Gk), Hardi Jaafar, P. Gunalan (Asrarudin Putra), Fadzli Shaari (Safiq Rahim), Amri Yah Yah, Yosri Dermaraju, Fitri Syazwan, Razman Roslan, Rudie Ramli (Azidan Sarudin), Haziq Zikri (Amirul Hadi) dan Nasriq Baharom.

Kelantan: Datuk M. Karathu
Shahrizan Ismail (Gk), Shakir Shaari (Khairan Ezuan), Solehin Kanasian (Nidzad Ayub), Daudsu Jamaludin, Badri Radzi, Rizal Fahmi (Nik Shahrul Azim), S. Subramaniam, S. Chanturu (Aris Zaidi), Norshahrul Idlan Talaha (Ramzul Zahini), Azamudin Akil (R. Surendran) dan Aziz Ismail.

Statistik Perlawanan.

Gol
Selangor 0-1 Kelantan

Percubaan
Selangor 18-14 Kelantan

Sepakan Sudut
Selangor 5-3 Kelantan
Offside
Selangor 3-2 Kelantan
Kad Kuning/Merah
Selangor 0/0-1/0 Kelantan

Posisi Bola (%)
Selangor 55-45 Kelantan

Pemain Terbaik Perlawanan: S. Subramaniam.

By: RedsfcNews

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: