Laporan Perlawanan Persahabatan: TRW Menang.

Kelantan mencatatkan kemenangan 3-1 keatas T-team dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Tiga jaringan daripada Mohd Badri Radzi dan Azamuddin Akil sudah cukup buat Sang Kijang memadamkan jaringan penalti Mohd Fitri Omar.

Permulaan perlahan ditunjukkan kedua-dua pasukan pada awal permainan sehinggalah pada minit ke-15, Kelantan dianugerahkan sepakan penalti selepas Norshahrul Idlan dikasari oleh Rosdi Talib didalam kotak penalti. Mohd Badri Radzi tenang menyempurnakan sepakan untuk gol pertama Kelantan.

Pada minit ke-19, Azamuddin Akil bijak melepaskan diri dari kawalan Azizi Mat Rose tetapi dia gagal menyudahkan bola kedalam jaring selepas tergelincir didepan pintu gol.

T-Team bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan selepas Mohd Shahrizan dipersalahkan melakukan kekasaran didalam kotak penalti. Mohd Fitri Omar mudah menewaskan Shahrizan pada minit ke-23.

Tidak lama kemudian, Mohd Badri Radzi melepaskan satu sepakan deras dari jarak 30 meter tetapi tersasar.


Memasuki minit ke-32, gandingan Norshahrul dan Azamuddin sekali lagi mengancam kubu T-Team tetapi Mohd Jibrail Kamaron bertindak cemerlang menafikan cubaan penyerang Kelantan.

Cubaan demi cubaan Kelantan akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-37 selepas hantaran jauh S. Chanturu disambar Azamuddin sebelum menyungkit masuk menewaskan Mohd Jibrail Kamaron untuk menceriakan hampir 10 000 penyokong The Red Warriors yang bertandang.

Pada minit ke-41, sepakan kencang Azamuddin Akil dari sudut sukar ditampan Jibrail manakala sepakan dari jarak dekat Mohd Badri Radzi turut tersasar pada minit akhir perlawanan walaupun ketika itu tidak dicabar mana-mana pemain.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan berhati-hati.

Sehinggalah cubaan pertama dilakukan Norshahrul Idlan Talaha, kedua-dua pasukan mulai melakukan aturan serangan kearah pintu gol masing-masing.

Namun Kelantan lebih bernasib baik selepas larian solo Mohd Badri Radzi dari kawasan sendiri disudahkan dengan sepakan kencang terus menewaskan penjaga gol T-Team untuk gol ketiga pada minit ke-63.

Badri hampir mendapatkan hatrik pada minit ke-66 tetapi cubaan didepan gol pantas dinafikan penjaga gol pelawat.


Norshahrul dan Azamuddin  turut terlepas peluang menambah jaringan selepas percubaan pertama Norshahrul ditepis penjaga gol gantian T-Team, Shamsuri Mustapha dan sepakan susulan Azamuddin jauh terkeluar pada minit ke-70.

Norshahrul sekali lagi gagal meletakkan bola kedalam jaring pada minit ke-77 selepas hantaran menarik Azamuddin dilepaskan Shakir kepadanya namun sepakan lencong pemain ini tidak menepati sasaran.

Penguasaan penuh Kelantan berterusan pada minit ke-82 tetapi percubaan pemain muda, Khairul Izuan Rosli ketika berhadapan dengan Shamsuri sedikit lemah.

Cubaan lemah kepada Shamsuri Mustapha dari luar kotak penalti daripada Khairan Ezuan Razali menutup tirai perlawanan persahabatan dengan Kelantan menewaskan Kelab dari Terengganu dengan 3-1.

Kesebelasan Pemain:


Kelantan: Datuk M. Karathu
Mohd Shahrizan Ismail (Gk), S. Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya (Khairan Ezuan Razali), Aziz Ismail, Daudsu Jamaluddin, Mohd Badri Radzi (Kp) (Khairul Izuan Rosli), S. Chanturu (Ramzul Zahini Adenan) dan Azamuddin Mohd Akil.


T-Team: Yunus Alif
Mohd Jibrail Kamaron (Gk) (Shamsuri Mustapha), Azizi Mat Rose (Hasbullah Awang), Norfazly Alias, Subri Sulong, Zairo Annuar Zailani (Shahrul Ezrain), Norfarhan Mohamad, Indra Putra Mahayuddin, Tengku Hasbullah, Rosdi Talib (Kp), Shamsul Kamal Mohamad (Haris Safwan) dan Mohd Fitri Omar.

Statistik Perlawanan

Gol
Kelantan 3-1 T-Team FC

Percubaan
Kelantan 16-6 T-Team FC

Offside
Kelantan 4-7 T-Team FC

Sepakan Sudut
Kelantan 8-3 T-Team FC

Kad Kuning/Merah
Kelantan 2/0-1/0 T-Team FC

Posisi Bola (%)
Kelantan 55-45 T-Team FC

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 ulasan:

Anonymous said...

Sebelum sepak mula Liga Super lalu,skuad Kelantan dikritik teruk kerana kegagalan menterjemahkan kemenangan di dalam siri perlawanan persahabatan.

Hari ini terjadi sebaliknya,lantaran dapat membenam kekuatan lawan.

Awas kelantan kejayaan semalam bukan menjamin kemenangan hari esok.

"Kejayaan bukan warisan
Kegagalan bukan tradisi"

Anonymous said...

betul tu.. kita arap TRW dapat menonjolkan perwatakan juara dalam setiap perlawanan selepas ini...