Perlawanan Persiapan Kelantan di Lembah Klang.

Skuad The Red Warriors dalam langkah mempersiapkan pasukan sempena saingan Piala Malaysia akan mengadakan satu perlawanan persahabatan di Lembah Klang, pertengahan bulan Ramadhan nanti.


Menurut maklumat yang disampaikan pengurus pasukan, Azman Ibrahim di laman sosial, Facebook, Sang Kijang akan ke Ibu Kota untuk perlawanan tersebut andai tiada perkara lain melintang.

Selepas semuanya sudah selesai, kita akan umumkan dengan lebih lanjut maklumat perlawanan kepada semua penyokong pasukan bola sepak Kelantan.

Sementara itu dari kem Sang Kijang, pemain Kelantan sedang menjalani latihan ringan untuk mencari kecergasan selepas kembali dari tempoh bercuti yang diberikan pihak KAFA.

Walaupun masih belum dapat mengumpul skuad penuh, sesi latihan tetap diteruskan sebagai langkah persediaan awal TRW untuk menghadapi saingan.

Justeru itu, dengan perlawanan persahabatan yang akan diadakan nanti, ketua jurulatih dapat menilai tahap prestasi pemain seterusnya mencongak kesebelasan terbaik untuk diturunkan dalam perlawanan sebenar nanti. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

Anonymous said...

Gomo TRW Gomo

Ee said...

terbaiklah . nok tengok staromano alex main . GKG!

Muaz said...

Kemah. buleh kelih alex main.steady la KAFA.