Surendran Sertai Sesi Latihan Kelantan.
Setelah sah menjadi pemain pinjaman The Red Warriors untuk saingan Piala Malaysia, R. Surendran turun sesi latihan kali pertama di hadapan peminat setia Sang Kijang, malam tadi.
Ternyata dia dapat menyesuaikan diri dengan pemain lain walaupun baru turun dalam sesi latihan.
Menurut M. Karathu, pemain ini perlu menunjukkan persembahan baik dan harus bersaing dengan pemain lain untuk diletakkan dalam kesebelasan utama.
Kehadiran Surendran memberikan Kelantan lebih banyak pilihan di bahagian serangan selepas Norshahrul, Azamudin, Khalid dan Ramzul.
R. Surendran perlu membuktikan kepada pihak pengurusan dan semua penyokong bahawa dia mampu membantu Sang Kijang dalam saingan Piala Malaysia nanti.
Sementara itu, Kelantan dalam persiapan menghadapi tiga perlawanan persahabatan di Lembah Klang dilihat sudah bersedia dari segi fizikal dan teknikal.
Mereka akan memulakan perlawanan pertama melawan Kuala Lumpur sebelum bertandang ke Shah Alam menentang Selangor. Perlawanan terakhir ialah menentang Polis di Selayang seterusnya pulang ke Kota Bharu meneruskan sesi latihan untuk persediaan Piala Malaysia yang akan bermula selepas Aidilfitri ini. -RedsfcNews-
0 ulasan:
Post a Comment