Seperti yang dilaporkan sebelum ini, The Red Warriors bakal mengadakan siri perlawanan persahabatan di Lembah Klang untuk persiapan pasukan sempena Piala Malaysia yang akan berlangsung bulan depan.
Dalam siri jelajah ke Ibu Kota, pasukan kendalian Datuk M. Karathu dijangka mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebelum pulang ke Kota Bharu menyambung sesi latihan.
Kuala Lumpur menjadi pasukan pertama bakal menguji Kelantan di Stadium Selayang, malam ini.
Perlawanan yang diatur dilihat penting kepada pemain Kelantan dalam usaha mereka untuk mempersiapkan pasukan sebaik mungkin.
Tugasan sukar juga kepada pihak kejurulatihan untuk menguatkan pasukan setelah hanya mampu melakukan beberapa sesi latihan singkat.
Selain itu, perlawanan persiapan ini turut menjadi medan untuk menguji dua pemain penyerang yang dipinjam dari Pahang.
Selepas siri perlawanan Lembah Klang, Kelantan dijangka menentang T-Team seterusnya terbang ke Songkhla untuk aksi persahabatan terakhir dengan kelab dari Thailand.
0 ulasan:
Post a Comment