Akid Diserap Masuk Harimau Muda B.

Penyerang muda Kelantan dari pasukan President Warriors, Mohd Akid Ramli ditawarkan tempat kedalam pasukan Harimau Muda B pada musim 2012.


Menurut ayah pemain ini, Ramli Yusoff, dia bakal diserap masuk untuk beraksi dengan pasukan negara dalam saingan Liga Perdana pada tahun hadapan.

Akid ketika ini sedang bersama dengan pasukan bawah 19 tahun negara bakal mewakil Malaysia dalam kejohanan Asean tidak lama lagi.

Prestasi pemain ini mula mendapat perhatian pihak pengurusan skuad 19 tahun negara selepas tampil hebat membantu Kelantan muncul juara dalam pertandingan Piala Presiden 2011.

Walaupun tidak menjaringkan gol, bantuan Akid nyata telah membuka ruang kepada Khairul Izuan Rosli menjaringkan gol kemenangan menewaskan MP Muar FC pada masa tambahan. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: