Kami Adalah Juara.

Kelate.Net Kelate muncul juara sukan perpaduan Kelate.Net 2011 selepas menumpaskan Kelate.Net Kuala Lumpur dengan penentuan sepakan penalti.


Perlawanan yang dilansungkan di padang Sekolah Kubang Kerian petang tadi membuktikan status unggul pemain Kelate.Net Kelate apabila empat pemain mereka berjaya menyepak masuk sepakan penalti berbanding satu untuk pasukan lawan.

Kedudukan separuh masa perlawanan yang diadakan secara tiga babak berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Gol jaringan Kelate.Net Kelate dijaringkan Mohamad Syafiq, Shaiful dan jaringan sendiri pertahanan Kelate.Net Kuala Lumpur.

Menurut pemangku pengurus pasukan, Lokman Bonyamin, walaupun mengalami banyak masalah ketika mengumpulkan skuad ini tetapi mereka bangkit dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan.

Saya bangga para pemain mampu memikul tugasan yang diberikan dengan cemerlang.

InsyaAllah, pada tahun mendatang kita akan terus mengekalkan kejuaraan yang telah disandang.

Selepas ini, pasukan Kelate.Net Kelate akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan supaya pemain tidak leka dengan kejayaan yang telah mereka kecapi. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: