Azamuddin Akhirnya Temui Sentuhan.

Penyerang pinjaman, Azamuddin Mohd Akil akhirnya menemui sentuhan jaringan ketika membantu Kelantan mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Johor FC di Johor Bharu.


Lebih manis, jaringan Azamuddin bukan sahaja mengelakkan Kelantan mengalami kekalahan kedua malah turut mengesahkan tempat The Red Warriors di pusingan kalah mati Piala Malaysia.

Ternyata harapan dan doa penyokong Sang Kijang untuk melihat Azamuddin menjaringkan gol pertama dalam perlawanan kompetetif kepada Kelantan terbalas dengan sepakan kencang pemain ini dari jarak dekat pada minit ke-8.

Paling membanggakan, Azamuddin turut meraikan jaringan yang dilakukannya bersama penyokong setia Kelantan yang membanjiri venue perlawanan.

Dengan gol tersebut diharapkan dia terus dapat menambah koleksi jaringan dalam perlawanan akan datang seterusnya membantu The Red Warriors muncul johan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: