Video dan Laporan Ringkas : Kelantan Layak Ke Suku Akhir.


Kelantan mengesahkan tempat mereka ke suku akhir Piala Malaysia 2011 walaupun terikat 1-1 dengan Johor FC di Stadium J'Corp, Pasir Gudang, malam tadi.


Menguasai sebahagian besar perlawanan, The Red Warriors seharusnya mampu pulang dengan tiga mata tetapi tindakan penyudah tumpul membantutkan hasrat untuk menghadiahkan kemenangan kepada hampir 4000 penyokong setia yang mengiringi mereka ke Johor FC.

Sebaliknya Sang Kijang terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pertama daripada Mohd Akmal Mohd Nor pada minit ke-2 selepas percubaan pemain ini dari sebelah kiri tertampan kaki Farisham Ismail terus menerjah jaring menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan hampir menyamakan kedudukan sejurus selepas itu tetapi sepakan lencong Azamuddin Akil hasil hantaran cantik Mohd Badri Radzi tersasar keluar.


Azamuddin bagaimanapun menebus kehampaan pada minit ke-8 selepas menyepak masuk kedalam gawang terbuka luas untuk menyamakan kedudukan.

Selepas jaringan tersebut, Johor FC dan Kelantan saling melakukan asakan bertali arus untuk mencari jaringan kedua namun hampa kerana kekentalan barisan pertahanan.

Pada babak kedua, Kelantan jelas menguasai perlawanan dengan asakan demi asakan tetapi kecemerlangan penjaga giol Johor FC  menafikan segala percubaan yang dilakukan The Red Warriors.

Malah tandukan kencang Norshahrul Idlan Talaha didepan pintu gol Johor FC pada pertengahan babak turut ditampan Anis Faron diatas garisan gol.

Tambahan masa tiga minit yang diberikan pengadil gagal membantu kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan seterusnya melayakkan Kelantan ke saingan kalah mati buat tahun ketiga berturut-turut manakala Sang Lebah gagal dalam misi mengulangi pencapaian musim lepas.

Johor FC : Sazali Saidun.
Anis Faron (Gk), Izuan Jarudin, Eddy Helmi, Khairul Ismail, Khairi Kiman, Hasni Zaidi, Shahrizal Saad, Rezal Zambery (Kp), Saufi Ibrahim, Mohd Akmal Mohd Nor dan Saiful Nizam Miswan.

Kelantan FA : Datuk M. Karathu.
Khairul Fahmi (Gk) (Shahrizan Ismail), Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree (Nurul Azwan Roya), S. Chanturu (Izuan Salahudin), Shakir Shaari, Badri Radzi (Kp), Aziz Ismail, Norshahrul Idlan Talaha dan Azamuddin Mohd Akil.

Photo Shazli Shamsudin
Video Sokernet.com

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: