Bermain selaku pemain pertahanan kiri, tempat Aziz sebenarnya sudah menjadi milik Zairul Fitree Ishak sepanjang saingan Liga Super tetapi berkat kesabaran dan usaha tidak pernah jemu akhirnya dia berjaya merampas tempat tersebut untuk saingan Piala Malaysia kini.
Aziz nyata membalas kepercayaan pihak kejurulatihan Kelantan apabila tampil dengan corak permainan konsisten selain banyak membantu memperkukuhkan jaringan pertahanan bersama Subra, Farisham dan Daudsu.
Pernah menabur bakti dengan KL Plus selama dua musim, aksi Aziz mendapat perhatian KAFA untuk diserapkan kedalam senarai 25 pemain TRW 2011.Walaupun turut mendapat tawaran dari Pos FC, dia memilih Kelantan selaku destinasi dan ketibaan pemain ini mendapat pujian ramai pihak termasuk ribuan penyokong setia.
Selepas ini, kelibat Aziz mungkin menjadi perhatian ramai pihak setelah dipilih menyertai Harimau Malaya ke Sukan Sea Palembang.
Pemain yang selesa dipanggil Mat oleh pemain dan peminat Kelantan mungkin tidak se-gah pertahanan kiri kebangsaan lain tetapi nyata bakat yang dimiliki pemain ini menarik minat Ong Kim Swee untuk diserap kedalam skuad Malaysia.
Kita harapkan, dia dapat memberikan persembahan seratus peratus setiap kali diturunkan seterusnya membina reputasi cemerlang. Tidak syak lagi, pemain yang memakai jersi bernombor 13 Merah Putih merupakan pemain dalam pembikinan menjadi bintang masa depan The Red Warriors dan Malaysia. -RdsfcNews-
Profil Aziz
Nama: Mohamad Abdul Aziz Ismail
Umur: 22 Tahun
Asal: Kelantan
Posisi: Pertahanan Kiri (Left Back)
Pasukan: Kelantan (2011 - Sehingga kini)
Bekas Pasukan: KL PLus (2009-2010)
Pencapaian:
Juara Piala Sumbangsih, Juara Liga Super dan Naib Juara Piala FA
3 ulasan:
Untuk pengetahuan khalayak umum,sudah lama peminat setia Kelantan kepingin untuk melihat kelibat Aziz beraksi di tengah padang.
Beliau sering dibayangi pemain senior dan kurang diberi kepercayaan oleh barisan jurulatih,terutama muka-muka baharu seperti beliau.
Rezeki Aziz umpama nasib Apek yang menonjol setelah Syed Adni melakukan kesilapan.
Dengan sosok badan yang baik,figura ini diyakini mampu pergi jauh dengan persembahan permainan yang memberangsangkan.
Pertahanannya kental. Beliau bijak membaca hantaran lawan dengan cepat memintas.Mempunyai sepakan padu beserta lariannya yang deras menjadikan beliau sesuai untuk ditugaskan membuat "overlap"
Hadangan Aziz juga cukup baik.Membuatkan penyerang lawan agak sukar melepasi beliau.Dalam berebutan bola,Aziz sering dilihat berjaya mengatasi lawan.
Kalau suatu masa dahulu kita terkilan dengan pemergian Azizi,namun hari ini kita boleh kembali tersenyum dengan kehadiran Aziz Ismail yang memantapkan posisi pertahanan. Syabas Aziz. Semoga hari ini menjadi pemula kepada bersinarnya sebutir lagi bintang kelahiran anak Che Siti Wan Kembang.
dia akan jadi mcm paolo maldini..bekas defender terbaik dunia dri club ac milan..pakai jersey no sama ..no 3..
bunyi kato adik azlan ismail...
Post a Comment