Baiki Sebelum Terlambat.

Prestasi terumbang ambing diteruskan pemain Kelantan apabila dimalukan Felda United di Stadium Selayang, malam tadi.


Corak permainan berterabur, tiada kesungguhan dan paling jelik, melakukan skill individu berseorangan tetapi gagal melepasi kawalan pemain pasukan tuan rumah.

Menguasai perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol dan paling memalukan, dua serangan Felda sudah cukup  untuk menunjukkan kelemahan mental para pemain The Red Warriors.

Sukar untuk menjangkakan apa yang sebenarnya yang dimahukan para pemain pada perlawanan semalam.

Sokongan ribuan penyokong tidak mendatangkan hasil malahan mereka bermain tidak seperti biasa.

Usah disalahkan kepada taktikal pasukan Felda kerana mereka bermain corak permainan yang dirasakan mampu memberikan mereka pungutan mata penuh.

Mereka tahu andai terlalu menurut corak permainan yang ditunjukkan pemain Kelantan, mereka tidak mampu membawa pulang sesuatu pada perlawanan ini.

Itulah yang diberikan mereka dan itulah yang layak untuk mereka kerana dua gol hasil dua serangan pantas sudah memadai memberikan Sang Kijang pengajaran paling berguna dalam saingan Piala Malaysia.

Felda boleh dikatakan selangkah kaki mereka ke suku akhir dan Kelantan tetap masih berpeluang besar untuk mara. Tiga perlawanan terakhir selepas ini perlu diperbaiki segala kelemahan termasuk menajamkan tindakan penyudah serta memperkemaskan jentera tengah.

Tidak perlu bermain cantik untuk tewas. Masih belum terlambat bagi Kelantan kerana saingan dalam kumpulan C tetap terbuka kepada semua pasukan kecuali Sarawak. - RedfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: